Monday, September 26, 2011

Ceramah dari Bomba Raub.
















OBJEKTIF DAN FUNGSI

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT mempunyai objektif untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan. Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti.

Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

  1. Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  2. Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  3. Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang sempurna.
  4. Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
  5. Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlakunya apa-apa bencana.

Selain daripada tugas-tugasnya dibawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan. Contohnya memadam kebakaran di Sumatera.

Ceramah Bomba diadakan untuk memastikan setiap anggota JBA Raub peka dan memastikan tahap kesedaran keselamatan kebakaran meningkat.Bagi membolehkan setiap anggota JBA Raub mengetahui kepentingan dan tanggungjawab dalam usaha menyelamatkan harta benda dan nyawa apabila berlaku kebakaran.

0 comments: