Gambar dalam blog ini boleh digunakan untuk tujuan murni. Sila mohon kebenaran terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya credit nama blog ini.Sekian Terima Kasih.
Tuesday, August 12, 2008
Taman Bukit Koman.
Tuan rumah minta saya ambil gambar taman air dan landscape didepan rumahnya.
Banyak kali menang peringkat daerah dan negeri.Memang cantik,segar dan nyaman.
Thursday, August 07, 2008
Pertandingan memancing ikan di Sempam.
Saya tak minat sangat memancing.Apa lagi kalau memancing kena bayar.
Bukan sikit...Rm 80.00 satu joran.Mengapa mahal?Hadiah lumayan menanti anda
kalau anda bernasib baik.Rm10,000.00 untuk hadiah pertama.Apabila bergantung
pada nasib baik ...ianya seolah perjudian.Mempertaruhkan wang untuk dapat
sesuatu ganjaran.Jika peserta ramai...penganjur tersenyum girang.Pasti wang yang masuk melebihi hadiah yang ditawarkan.Jika peserta pulak kurang...gigit jarilah
pulak penganjur.