Gambar dalam blog ini boleh digunakan untuk tujuan murni. Sila mohon kebenaran terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya credit nama blog ini.Sekian Terima Kasih.
Friday, May 25, 2012
Perusahaan membuat Gula Kabung di Peruang.
Sejenis akar yang digunakan untuk diletak dalam bekas mengumpul air kabung untuk mengelak air kabung jangan masam.
Bunga kabung yang yang akan dikerat hujung selepas berbunga.
Semakin tua pokok kabung semakin kebawah tempat keluar bunga kabung.
Buah kabung yang selalu orang rebus dibulan puasa terletak ditas bunga kabung.
Bekas plastik tempat mengumpul gula kabung semalaman.Masa dulu-dulu guna ruas buluh sahaja.
Guna kayu api untuk memasak air gula kabung.Tak kurang 5 jam barulah air gula itu pekat dan sedia untuk dituang kedalam acuan.
Bulatan buluh untuk tentukan size yang sama setiap keping gula kabung.