Gambar dalam blog ini boleh digunakan untuk tujuan murni.
Sila mohon kebenaran terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya credit nama blog ini.Sekian Terima Kasih.
Hari Kemerdekaan diwujudkan untuk memanifestasi rasa syukur atas nikmat kebebasan dan menghargai pengorbanan generasi terdahulu yang berjuang. Sambutan kemerdekaan lebih bermakna dengan mengekalkan nilai kesopanan dan penuh rasa kesyukuran di samping semangat mencintai negara.Di dalam bahasa arab, kemerdekaan itu disebut sebagai ‘استقلال’ iaitu bersendiri dalam memiliki ketinggian, berdikari dan bangkitan daripada penindasan atau melepaskan diri daripada sesuatu ikatan. Kata Ibn Manzur di dalam Lisan Al-Arab bahawa ‘استقلال’juga bermaksud ‘الارتفاع’ iaitu ketinggian dan memiliki sifat berdikari seperti burung-burung yang disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran melalui firman-Nya, “Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan untuk terbang diangkasa secara bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman.”[Al-Nahl:79]