Gambar dalam blog ini boleh digunakan untuk tujuan murni. Sila mohon kebenaran terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya credit nama blog ini.Sekian Terima Kasih.
Wednesday, March 17, 2010
Bagaimana Nak Shot Awan Biru Dan Subjek Tidak Gelap?
Depan pejabat JBA Raub pukul 3.00 petang.
Ramai rakan-rakan yang bertanya bagaimana nak mendapatkan awan yang biru dalam shot waktu tengah hari. Hari ini saya akan berkongsi tip untuk mendapatkan awan yang biru supaya tidak menjadi putih (over exposure) dalam gambar yang anda rakam.
Mudah saja kawan-kawan. Sebagai satu contoh, pada waktu tengah hari cahaya yang cerah anda perlu menggunakan shutter yang laju seperti 250-500 (sebagai contoh). Ini supaya anda dapat merakam awan yang sedia ada bewarna biru tetap biru di dalam gambar yang dirakam.
Jika menggunakan shutter yang laju, biasanya anda akan menghadapi lagi satu masalah. Masalah subjek akan menjadi gelap. Mudah saja untuk mengatasi masalah seperti ini. ‘On’ kan flash kamera anda dan masalah subjek gelap akan selesai! Dengan menggunakan shutter yang laju (untuk mendapatkan awan biru) dan ‘on’kan flash (untuk mencerahkan subjek), masalah anda tadi akan selesai.
Sekarang anda sudah tahu untuk mendapatkan awan biru dan subjek tidak gelap dalam shot tengah hari yang cerah.
copy paste dari blog http://noorizamsabran.com/?paged=8
terima kasih tuan dengan info nih..
ReplyDelete