Monday, November 22, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Benta Bersatu Kali Pertama 2010




Ahli Koperasi mendaftarkan kehadiran.



Haji Zainal Abidin bin Sohor.Ketua Kampung Benta.




Tempat menerima pendaftaran ahli.

Pegawai Koperasi dari Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia.



Perasmian oleh :Dato' Ir Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Haji Abdul Razak.



Pengerusi Koperasi Benta Bersatu En Ab Raof Bin Abdul Samad.



Sunday, November 21, 2010

Ikan Toman dalam Aquarium.







Haruan ialah spesis snakehead yg biasa terdapat dimalaysia. Spesis ini makan apa saja binatang kecik seperti anak ikan, serangga dan katak. Jenis pelahaplah juga.Sedap dibuat gulai lemak cili padi.Keistimwaannya jenis ikan air tawar yang hanya ada tulang tengah sahaja.Antara ikan yang disukai oleh kaki pancing kerana kekuatan merentap tali pancing. Habitatnya dibekas lombong,paya tinggal dan sungai yang tenang airnya.

Tuesday, November 16, 2010

Kebersihan sungai tanggungjawab bersama.








Di Malaysia, terdapat dua punca utama bahan pencemar sungai, iaitu, aktiviti
pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air.


Tiga punca utama pencemar sungai di Malaysia ialah buangan industri
terutama industri berasaskan pertanian dan pembuatan, aktiviti penternakan dan buangan domestik.

Di tepi jalan Raub ke Felda Krau adalah tempat pembuangan sampah dan sisa binaan.
Jabatan Kerja Raya telah membersihkan tepi jalan tersebut dan meletak papantanda
dilarang membuang sampah.Berkesan ke amaran papantanda tu?.Sipembuang sampah akan membuang sampah tersebut tanpa rasa bersalah.Lantaklah air sungai tercemar ke? Tidak pernah fikir langsung kebersihan alam sekitar.Janji tempat buang sampah tu dekat,orang tak nampak atau marah,bebas buang kat mana pun.Itulah tebiat masyarakat Malaysia.Selagi tak didenda atau disaman.Penjenayah alam sekitar ini sepatutnya dibenteras habis-habisan.Jangan bagi ruang mereka melakukannya.

Kualiti air sungai-sungai di
Malaysia semakin terancam dengan pencemaran. Pada umumnya, setiap sungai di negara
ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
· Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
· Kelas 2 – airnya memerlukan rawatan biasa
· Kelas 3 – air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang
ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
· Kelas 4 – tercemar*
· Kelas 5 – hampir mati*
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.
Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam
kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas
4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan
pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih
rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Pada tahun 2007 pula, Sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan
sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Lokasi kebanyakan sungai tersebut sungai tersebut
berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kos bagi memulihkan setiap
batang sungai tersebut dianggar memerlukan kos antara RM100 juta hingga RM400juta
bergantung kepada panjang sungai tersebut, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan
yang hendak dijalankan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007)

Lihatlah Sungai Sampah disini.http://www.esempoi.com/islam/renungan/pencemaran-sungai/

Tuesday, November 09, 2010

Bukan meriam, tiang public phone rupanya.






Kerumah sepupu saya di Kg Rengai.Lood Bin Abd Majid beritahu tiang besi yang dijumpa
dekat lombong emas ini sebuah meriam.Disangkal ayah saya ini bukan meriam tetapi tiang besi public phone zaman dulu.Tertera tulisan 'London' bermakna made in England.
Berat nak mampos,besi baik ni.Jumpa pencari besi buruk mungkin dia pandang aje sebab tak larat nak bawa.

Wednesday, November 03, 2010