Gambar dalam blog ini boleh digunakan untuk tujuan murni. Sila mohon kebenaran terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya credit nama blog ini.Sekian Terima Kasih.
Wednesday, March 09, 2011
Kesesakan di depan sekolah Menengah Chung Ching,Raub.
Pukul 2.15 petang.Ibubapa mula meletak dan menunggu dalam kenderaan masing-masing.
Kereta semakin banyak dan berlapis hingga menutup jalan.
Murid sekolah keluar dari sekolah pukul 2.30 petang.
Jalan tersekat di kedua belah jalan.Sehingga selesai anak masing menaiki kereta baru bergerak.
Perbuatan menunggu anak keluar sekolah hingga menutup jalan pekeliling antara
15 minit dan 20 minit.
Menyusahkan pengguna jalan yang melalui jalan pekeliling.Antara yang terlibat Pejabat Bekalan Air Raub,Pejabat Tenaga Nasional dan Pejabat Penerangan Daerah Raub.Sikap ibubapa yang meletak kereta secara berlapis hingga menutup kiri kanan jalan tersebut menyebabkan ramai pemandu kereta lain tersekat selama beberapa minit.Perkara ini berlaku sejak sekian lama apabila jalanraya dijadikan medan meletak kereta.PIBG sekaloh tersebut sebenarnya telah dimaklumkan.Tetapi tiada tindakan.Sampai bila perkara ini akan berlarutan.Tak kan sampai bila-bila selagi ada sekolah tersebut.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana komen dari anda.