Gambar dalam blog ini boleh digunakan untuk tujuan murni. Sila mohon kebenaran terlebih dahulu atau sekurang-kurangnya credit nama blog ini.Sekian Terima Kasih.
Friday, September 18, 2015
SAMBUTAN HARI MALAYSIA DI DATARAN RAUB-16/09/2015
Peraduan melukis untk kanak kanak tadika.
Bas pameran bergerak Agensi Anti dadah kebangsaan.
Kamera perangkap had laju.
Peti kertas cabutan bertuah.
3 buah motorsikal SYM hadiah cabutan bertuah.
Menanti ketibaan Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob.
Bekas pesara polis Raub.Pernah menyertai acara tarik tali pasukan polis Raub mewakili negeri Pahang.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia[2], namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3] https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana komen dari anda.