Thursday, October 22, 2015

Balai Seni Visual Negara.

Balai Seni Visual Negara (atau BSVN) adalah nama baru bagi Balai Seni Lukis Negara yang ditubuhkan pada 28 Ogos 1958, setahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan daripada British. Namun, idea penubuhannya mula dikemukakan sejak tahun 1954 hingga 1956 oleh Majlis Kesenian Persekutuan (Malaya Arts Council) yang ditunjangi oleh Mubin Sheppard (kini Tan Sri) dan Frank Sullivan, (beliau ialah pentadbir Balai Seni Lukis Negara yang pertama selain Setiusaha Lembaga Amanah BSVN sehingga tahun 1970). Galeri ini merupakan badan berkanun yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Ia juga menerima sumbangan dari badan korporat dan penaja untuk melangsungkan aktiviti-aktiviti seni sampingan.
Berikut adalah kementerian-kementerian yang pernah menaungi pentadbiran Balai Seni Lukis Negara:
Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Visual Negara Malaysia dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada tahun 1959 melalui Akta 516: Akta Balai Seni Lukis Negara 1959.
Dalam usaha untuk mempromosi kesedaran dan penghargaan seni dalam kalangan setiap golongan masyarakat, objektif utama Balai Seni Visual Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Balai_Seni_Visual_Negara






























Haremeyn: Makkah al-Mukarramah and al-Madinah al-Munawarrah dalam Fotograf dari Zaman Uhtmaniah

KUALA LUMPUR, 12 Jun 2015 – Balai Seni Visual Negara sedang membawakan sebuah pameran berbentuk Islamik, Haremeyn: Makkah al-Mukarramah and al-Madinah al-Munawarrah dalam Fotograf dari Zaman Uhtmaniah. Pameran ini adalah bersempena dengan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan akan berlangsung dari 12 Jun 2015 sehingga 30 September 2015 bertempat di Galeri REKA, Balai Seni Visual Negara. Perasmian pembukaan pameran ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Hamzah Zainudin dan akan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah IRCICA, Dr. Halit Eren.
Dalam sejarah pemahaman Islam, Kaabah (Masjidil Haram) di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah merupakan lokasi yang dianggap sebagai suci dan lebih mulia berbanding tempat-tempat lain di dalam dunia dan menjadi sebagai mercu tanda bagi umat Islam untuk mengerjakan ibadah. Atas sebab ini, Makkah dan Madinah menduduki tempat yang istimewa dalam hati setiap umat Islam.
Makkah dan Madinah di antara mereka secara khusus dilindungi dalam perundangan Islam dan dianggap sebagai “harem” (Tanah Haram) dan dipanggil sebagai “Haremeyn” atau “haremân” yang bermaksud dua wilayah suci. Tempat-tempat suci ini telah menjadi saksi beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam di mana Al-Quran telah diturunkan dan tempat di mana Nabi Muhammad (SAW) telah menjalani kehidupannya di dunia. Sehingga hari ini, Makkah dan Madinah akan terus dikekalkan bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malahan sebagai sumber pengetahuan dan ilham,serta warisan berharga tamadun Islam.
Bagi menyokong usaha murni ini, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni & Budaya Islam (IRCICA), sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Organization of Islamic Cooperation (OIC), membawakan kepada khalayak umum sebuah pameran fotografi yang merakamkan pelbagai peristiwa yang terjadi di Makkah dan Madinah ketika zaman pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniah.

Gambar-gambar yang dipamerkan dalam pameran ini antara lain menampilkan “Al-Haram Al-Sharif”, sebuah gambar yang diambil oleh Kolonel Mehmed Sadik ketika musim haji 1297/1880 yang menyaksikan sekumpulan askar Uthmaniah sedang mengambil gambar fotografi dan topografi persekitaran Makkah, Madinah dan Taif bagi menyediakan lakaran peta bandar dan jalan. Hasilnya, sebuah peta Mekah berjaya dicipta pada Rabi al-Awaal 1298/Mac 1881.
Banyak lagi gambar yang menerangkan pelbagai peristiwa menarik dipamerkan dalam pameran ini. Oleh itu, orang ramai adalah dijemput untuk hadir menyaksikan pameran ini bagi merasai sendiri dan mendalami pengkisahan di sebalik gambar dan mengetahui dengan lebih lanjut kisah pensejarahan Kota Makkah dan Madinah khususnya ketika zaman pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniah.
http://www.artgallery.gov.my/haremeyn-makkah-al-mukarramah-and-al-madinah-al-munawarrah-dalam-fotograf-dari-zaman-uhtmaniah/










Monday, October 12, 2015

Muzium Telekom sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara.

Muzium Telekom sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur. Terletak di persimpangan Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan, bangunan ini yang dahulunya lebih dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor (Selangor Region) telah siap dibina pada tahun 1928, bercirikan senibina Greek. Tujuan pembinaannya ialah untuk menempatkan ibusawat telefon manual jenis central battery. Bangunan ini dilengkapkan dengan sebuah ruang kabel bawah tanah dan susun atur lantai bagi disesuaikan dengan peralatan telekomunikasi pada waktu itu. Rekabentuk binaannya menjadi contoh terbaik bagi bangunan ibusawat telefon di Malaya ketika itu. Bangunan MTN pada asalnya direka dengan pelan berbentuk huruf ‘G’ dan mempunyai koridor bersempadan dalam yang mengandungi sebuah gelanggang khidmat. Seperti bangunan-bangunan kolonial sezaman dengannya, bangunan setinggi tiga tingkat ini dibina secara pertukangan batu mengikut berat dan struktur. Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah bagi dewan-dewan operator telefon, lantai-lantai kayu yang ditinggikan dengan galang-galang keluli telah dibina ditingkat paling atas sekali.
Oleh kerana rekabentuk bangunan ibusawat ini begitu praktikal, bahagian hadapannya telah dihias secara berlainan iaitu dengan ciri-ciri ketersergaman klasik. Susunan tingkap-tingkap berkaca secara simetri dan elemen-elemen berhias, mempamerkan gaya senibina dari fahaman neo-klasik yang diambil dari sumber-sumber corak kurun ke-19. Satu ciri senibina bangunan ini yang unik ialah deretan tiang-tiang ionia setinggi dua tingkat yang diapit oleh dua menara yang dibina secara bertentangan di bahagian hadapan.
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Telekom