Muzium Telekom sekarang dikenali sebagai Muzium Telekomunikasi Negara. Ia terletak di antara Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja, Kuala Lumpur.
Terletak di persimpangan Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan, bangunan
ini yang dahulunya lebih dikenali sebagai Bangunan Wilayah Selangor
(Selangor Region) telah siap dibina pada tahun 1928,
bercirikan senibina Greek. Tujuan pembinaannya ialah untuk menempatkan
ibusawat telefon manual jenis central battery. Bangunan ini dilengkapkan
dengan sebuah ruang kabel bawah tanah dan susun atur lantai bagi
disesuaikan dengan peralatan telekomunikasi pada waktu itu. Rekabentuk
binaannya menjadi contoh terbaik bagi bangunan ibusawat telefon di
Malaya ketika itu. Bangunan MTN pada asalnya direka dengan pelan
berbentuk huruf ‘G’ dan mempunyai koridor bersempadan dalam yang
mengandungi sebuah gelanggang khidmat. Seperti bangunan-bangunan
kolonial sezaman dengannya, bangunan setinggi tiga tingkat ini dibina
secara pertukangan batu mengikut berat dan struktur. Untuk memudahkan
kerja-kerja pemasangan kabel bawah tanah bagi dewan-dewan operator
telefon, lantai-lantai kayu yang ditinggikan dengan galang-galang keluli
telah dibina ditingkat paling atas sekali.
Oleh kerana rekabentuk bangunan ibusawat ini begitu praktikal,
bahagian hadapannya telah dihias secara berlainan iaitu dengan ciri-ciri
ketersergaman klasik. Susunan tingkap-tingkap berkaca secara simetri
dan elemen-elemen berhias, mempamerkan gaya senibina dari fahaman
neo-klasik yang diambil dari sumber-sumber corak kurun ke-19. Satu ciri
senibina bangunan ini yang unik ialah deretan tiang-tiang ionia setinggi
dua tingkat yang diapit oleh dua menara yang dibina secara bertentangan
di bahagian hadapan.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Telekom
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana komen dari anda.