Berikut adalah kementerian-kementerian yang pernah menaungi pentadbiran Balai Seni Lukis Negara:
- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
- Kementerian Pelancongan Malaysia
- Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
- Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia
- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (sejak April 2009 sehingga kini - menggunakan nama Balai Seni Visual Negara Malaysia).
Dalam usaha untuk mempromosi kesedaran dan penghargaan seni dalam kalangan setiap golongan masyarakat, objektif utama Balai Seni Visual Negara adalah untuk mempersembahkan pameran dari dalam dan luar negara, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni lain serta berusaha memperkembangkan koleksi tetapnya yang kini merangkumi lebih 2,500 karya.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Balai_Seni_Visual_Negara
Haremeyn: Makkah al-Mukarramah and al-Madinah al-Munawarrah dalam Fotograf dari Zaman Uhtmaniah
KUALA LUMPUR, 12 Jun 2015 – Balai Seni Visual Negara sedang membawakan sebuah pameran berbentuk Islamik, Haremeyn: Makkah al-Mukarramah and al-Madinah al-Munawarrah dalam Fotograf dari Zaman Uhtmaniah. Pameran
ini adalah bersempena dengan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan
akan berlangsung dari 12 Jun 2015 sehingga 30 September 2015 bertempat
di Galeri REKA, Balai Seni Visual Negara. Perasmian pembukaan pameran
ini disempurnakan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Hamzah
Zainudin dan akan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah IRCICA, Dr. Halit
Eren.
Dalam sejarah pemahaman Islam, Kaabah
(Masjidil Haram) di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah merupakan
lokasi yang dianggap sebagai suci dan lebih mulia berbanding
tempat-tempat lain di dalam dunia dan menjadi sebagai mercu tanda bagi
umat Islam untuk mengerjakan ibadah. Atas sebab ini, Makkah dan Madinah
menduduki tempat yang istimewa dalam hati setiap umat Islam.
Makkah dan Madinah di antara mereka
secara khusus dilindungi dalam perundangan Islam dan dianggap sebagai
“harem” (Tanah Haram) dan dipanggil sebagai “Haremeyn” atau “haremân”
yang bermaksud dua wilayah suci. Tempat-tempat suci ini telah menjadi
saksi beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam di mana Al-Quran
telah diturunkan dan tempat di mana Nabi Muhammad (SAW) telah menjalani
kehidupannya di dunia. Sehingga hari ini, Makkah dan Madinah akan terus
dikekalkan bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malahan sebagai sumber
pengetahuan dan ilham,serta warisan berharga tamadun Islam.
Bagi menyokong usaha murni ini, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Sejarah, Seni & Budaya Islam (IRCICA), sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Organization of Islamic Cooperation
(OIC), membawakan kepada khalayak umum sebuah pameran fotografi yang
merakamkan pelbagai peristiwa yang terjadi di Makkah dan Madinah ketika
zaman pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniah.
Gambar-gambar yang dipamerkan dalam
pameran ini antara lain menampilkan “Al-Haram Al-Sharif”, sebuah gambar
yang diambil oleh Kolonel Mehmed Sadik ketika musim haji 1297/1880 yang
menyaksikan sekumpulan askar Uthmaniah sedang mengambil gambar fotografi
dan topografi persekitaran Makkah, Madinah dan Taif bagi menyediakan
lakaran peta bandar dan jalan. Hasilnya, sebuah peta Mekah berjaya
dicipta pada Rabi al-Awaal 1298/Mac 1881.
Banyak lagi gambar yang menerangkan
pelbagai peristiwa menarik dipamerkan dalam pameran ini. Oleh itu, orang
ramai adalah dijemput untuk hadir menyaksikan pameran ini bagi merasai
sendiri dan mendalami pengkisahan di sebalik gambar dan mengetahui
dengan lebih lanjut kisah pensejarahan Kota Makkah dan Madinah khususnya
ketika zaman pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniah.
http://www.artgallery.gov.my/haremeyn-makkah-al-mukarramah-and-al-madinah-al-munawarrah-dalam-fotograf-dari-zaman-uhtmaniah/
No comments:
Post a Comment