Wednesday, December 21, 2016

Galeria Sri Perdana.





























Galeria Perdana adalah inspirasi Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ianya bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai berkenaan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima dari Ketua-Ketua Negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia semasa pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri.
Ini adalah selaras dengan pemahaman bahawa setiap koleksi yang dipamerkan di Galeria Perdana adalah milik kerajaan dan rakyat Malaysia. Dengan tanda persahabatan dari serata dunia, pelawat dan pelancong akan menikmati peluang untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian nilai warisan kesenian dan kebudayaan dari dalam dan luar negara.
Galeria Perdana juga menjadi penyampai kepada tanda penghargaan, pengiktirafan dan keikhlasan sumbangan dari penyumbang kepada Tun yang telah membawa Malaysia ke persada dunia sepanjang tempoh beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Galeria Perdana telah dirasmikan pada 3 Disember 1995 dan dibuka kepada orang ramai mulai April 1996.
Galeria Perdana adalah merupakan gabungan 3 buah bangunan dua tingkat bersambung yang bercirikan Senibina Oriental. Ianya dibina dalam 2 fasa :
1. Fasa I : Terdiri dari 2 buah bangunan 2 tingkat iaitu Blok A dan B. Kedua-dua blok ini adalah 2 blok yang bersambung.
  • Keluasan Blok A dan B :
    • Keluasan Bangunan = 3,273 m.p
    • Keluasan Lantai = 4,906 m.p
  • Tarikh pembinaan bermula = 1 Mac 1995
  • Tarikh tamat pembinaan = 31 Oktober 1995
2. Fasa II : Terdiri dari sebuah blok baru 2 tingkat iaitu Blok C dan disambungkan dengan Blok B. Ianya siap dibina pada hujung tahun 2003. 
  • Keluasan Blok C :
    • Keluasan Bangunan = 2,801.54 m.p
    • Keluasan Lantai = 5,112.60 m.p
  • Tarikh pembinaan bermula = 16 Februari 2002
  • Tarikh tamat pembinaan = 13 September 2003 

Objektif

Untuk memelihara buat selama-selamanya anugerah cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dari pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh dunia serta masyarakat Malaysia.
Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan penyimpanan, pemeliharaan, pameran, rujukan dan penyelidikan mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan juga mengenai era pentadbirannya.
Untuk menjadikan Galeria Perdana dan bahan-bahan yang dipamerkan hak milik kerajaan dan rakyat Malaysia sebagai sebuah organisasi yang tidak bercorak partisan atau politik malah lebih merupakan sebagai produk pelancongan, bahan kajian dan bahan penyelidikan.
Untuk menjadikan Galeria Perdana sebagai sebuah monumen yang kekal bagi satu epic sejarah Malaysia yang penting sepanjang kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Mendedahkan kepelbagaian seni kraf yang unik dan bermutu tinggi sebagai satu inspirasi kepada pengusaha kraf di Malaysia supaya dapat memperluaskan kraf bertaraf dunia.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana komen dari anda.