Sunday, January 31, 2010

Pentunjukan pancaragam polis.





YB Dr Ng Yen Yen rasmi kempen Cegah Jenayah.





Kempen Cegah Jenayah di Dataran Merdeka Raub.


Pemilik motosikal yang bakal kena curi.hehehe.

Pencuri dalam keadaan mencurigakan.

Berjaya melarikan motosikal untuk melakukan jenayah lain.

Perempuan yang sibuk mengguna telefon bakal diragut.

2 penjenayah menggunakan motosikal curi.



Penjenayah cuba lari dari polis.


Anjing polis menumpaskan penjenayah.

Polis berjaya menumpaskan 2 orang pencuri,pengedar dadah dan peragut.

Anjing pengesan dadah mencari dadah pada motosikal.

Dadah berupa ganja dijumpai dalam tempat sulit pada motosikal.

Saturday, January 23, 2010

Saturday, January 16, 2010

Kursus solekan di Kolej komuniti cawangan Raub.





Kursus pendek solekan pada 6 Feb 2010 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari.
Bayaran cuma Rm 7.00.Cikgu yang mengajar solekan Cik Azhani.

Thursday, January 14, 2010

Elken Bio Pure di Dewan Melor IPD Raub.















Isteri bergambar bersama Mr Michael Robert Long dan Mr Alvin Tang CWS gred 1.
Bio Pure ken satu-satunya jenama dipercayai yang menyingkir hampir semua bahan pencemar.Sistem pertama di rantau asia mengabungkan teknoloji Osmosis Songsang(R.O),
karbon teraktif dan Bio Seramik yang terbaik ke dalam sebuah sistem tunggal yang sempurna.Kehadiran Pakar Air Dunia Mr Michael Robert Long memberi maklumat tentang
kebaikan penapis air Elken.'If you knew there were drugs in the glass,would you still
drink it.Tubuh badan perlu air tulin (H2O).
Setiap hari kita disarankan mengambil antara lapan hingga 10 gelas air. Jumlah ini amat penting memandangkan 70 peratus daripada keseluruhan tubuh manusia terdiri daripada air. Air secukupnya diperlukan bagi menyahtoksik dalam badan, melincirkan sendi dalam sistem kerangka, menyokong sistem dan organ pencernaan, mengawal suhu badan dan menghantar nutrien serta oksigen ke sel-sel badan.

Namun, adakah kita benar-benar mematuhi saranan ini dan yakinkah kita bahawa air yang diminum setiap hari mampu menjalankan tanggungjawab yang disebut?

Pakar Air Bertauliah dari Persatuan Kualiti Air (WQA) dan perunding Elken Bio Pure, Michael Robert Long berkata, setiap lima hingga 13 hari, air di dalam keseluruhan badan kita akan diperbaharui

"Jika air yang meliputi 70 peratus badan kita adalah bersih, maka sel badan akan mempunyai persekitaran sihat dan segar," katanya.

Menurutnya, air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko pertumbuhan sel-sel abnormal, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

"Selain air yang kita minum, pelbagai lagi bendasing termasuk yang tidak baik terkandung di dalamnya. Saya tidak mahu benda lain, saya hanya mahukan air," ujar Long.

Beliau menjelaskan, air yang kita minum hari ini semakin tidak selamat kerana beberapa faktor. Antaranya pencemaran sumber air dan juga proses pengklorinan bagi menghasilkan air bersih yang disalurkan ke paip setiap rumah. Bahan kimia yang terbentuk ketika pengklorinan, menurut satu kajian yang pernah dijalankan, sangat berkait rapat dengan kecacatan bayi ketika lahir.

Kata Long lagi, pengklorinan dan penapisan mekanikal tidak menghilangkan arsenik daripada air. Malah, merebus air boleh meningkatkan kandungannya lagi. Arsenik dalam minuman boleh mengundang risiko kanser dan penyakit paru-paru.

"Kerana itu kita perlu memastikan air yang diminum dirawat dengan sepatutnya seperti menggunakan kaedah osmosis songsang yang terdapat pada penapis air tertentu," katanya lagi.