Tuesday, March 29, 2011

Sarang burung tempua(Baya Weaver Ploceus philippinus).








Puluhan sarang didahan pokok durian.








Burung Tempua dikenali kerana kelebihannya yang membina sarang yang besar yang dijalin daripada rumput dengan pelbagai bentuk
bergantung kepada spesies.Burung Burung Tempua mempunyai keupayaan yang khas untuk menganyam sarangnya.
Sarangnya dianyam daripada rumput dan daun lalang, tergantung dihujung dahan pokok yang tinggi.
Sarang yang diperbuat daripada helaian halus lalang/rumput yang dianyam
dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok.Burung tempua adalah sejenis burung yang sangat rajin membuat sarang.
Sungguh kreatif,tekun menganyam sarang menjadi sarang yang sangat selamat.
Pintu masuk sarang hanya boleh masuk melalui bawah sahaja.Selamat dari pemangsa seperti ular.

Saturday, March 26, 2011

Mesyuarat Agong kawasan ke 17(Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur)



Saat dinanti ahli menerima elaun kehadiran mesyuarat sebanyak RM60.00/

Resit pendaftaran untuk menuntut RM60.00.


En Zamri sebagai pengerusi majlis membuat ucapan termasuk bacaan doa.

Seperti biasa kerusi depan selalunya tiada penghuni.





Bendahari KPKP dan anggota Lembaga KPKP

Ahli bertanya lembaga KPKP kenalah jawab.

Seorang kakitangan KPKP bertanya sesuatu dengan Bendahari KPKP.

Ahli mengemuka soalan.


12 ahli yang terpilih menjadi wakil ahli ke Mesyuarat Agong KPKP di Kuantan.

Sunday, March 20, 2011

Layan macro.



Embun dihujung lada.


Bunga senduduk ungu.

Limau kasturi 2 butir.

Embun belum kering diatas daun.

Embun dihujung daun.

Bunga melur.

Wednesday, March 09, 2011

Kesesakan di depan sekolah Menengah Chung Ching,Raub.


Pukul 2.15 petang.Ibubapa mula meletak dan menunggu dalam kenderaan masing-masing.

Kereta semakin banyak dan berlapis hingga menutup jalan.




Murid sekolah keluar dari sekolah pukul 2.30 petang.




Jalan tersekat di kedua belah jalan.Sehingga selesai anak masing menaiki kereta baru bergerak.










Perbuatan menunggu anak keluar sekolah hingga menutup jalan pekeliling antara
15 minit dan 20 minit.
Menyusahkan pengguna jalan yang melalui jalan pekeliling.Antara yang terlibat Pejabat Bekalan Air Raub,Pejabat Tenaga Nasional dan Pejabat Penerangan Daerah Raub.Sikap ibubapa yang meletak kereta secara berlapis hingga menutup kiri kanan jalan tersebut menyebabkan ramai pemandu kereta lain tersekat selama beberapa minit.Perkara ini berlaku sejak sekian lama apabila jalanraya dijadikan medan meletak kereta.PIBG sekaloh tersebut sebenarnya telah dimaklumkan.Tetapi tiada tindakan.Sampai bila perkara ini akan berlarutan.Tak kan sampai bila-bila selagi ada sekolah tersebut.