Sunday, February 07, 2010

Van Jabatan Penerangan terbakar.






Kenderaan milik RTM terbakar dalam perjalanan dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur.
Kenderaan yang dipenuhi peralatan rakaman dan siaran itu musnah 100 peratus.
Berlaku pada pukul 4.30 petang di jalan Benta ke Raub dekat Kg Rukam,Dong.
Pemandu dan seorang pegawai RTM berjaya menyelamatkan diri dan membawa keluar barangan penting.

Saturday, February 06, 2010

Sukaneka Amanah Ikhtiar Malaysia di Dataran Lipis.
























Sukaneka anjuran amanah Ikhtiar Malaysia.Sahabat AIM Daerah Lipis dan Daerah Raub
terlibat menjayakan sukaneka yang diadakan di Dataran Lipis.Dirasmikan oleh
Dato Amir Hamzah.Presiden Amanah Ikhtiar.Bekas MP Lipis.Berbagai acara sukan rakyat
diadakan seperti tarik tali,lari dalam guni,isi air dalam botol,tarik upih dan berbagai lagi.Majlis dimulakankan dengan senamrobik. Acara berhenti rehat pukul 1.00 th selepas acara cabutan bertuah.dan sambung semula pukul 2.30 petang.Peserta ramai yang kurang puashati penyedian makan tengahari dimana peserta berkerumun untuk mengisi nasi dan lauk.Masalah ini terjadi kerana pihak katering tidak membungkus nasi dan lauk lebih awal untuk diagihkan kepada para peserta.Jadi masalah kelam kabut
masa mengambil makanan sapa dulu dia dapat dan ditambah dengan peserta yang tidak berbaris.Moga pihak penganjur untuk tahun akan datang buat perancangan lebih teliti.
Termasuk acara padang yang kelihatan kelam kabut.Tiada garisan untuk melarang peserta yang tidak terlibat masuk dalam tempat acara diadakan.