Thursday, May 23, 2013

Hari penamaan calon di Raub.

Pada hari ini 20/04/2013, Hari ini, merupakan hari bersejarah, di mana semua calon yang dilantik akan menyerahkan borang penamaan calon di pusat penamaan calon, seluruh negara.PRU kali ketiga belas telah bemula.Saat yang telah lama ditunggu oleh calon yang akan bergelar YB hadir ke kompleks kerajaan negeri di Jalan Bukit Koman untuk menyerahkan borang penamaan calon. Perarakkan bermula oleh penyokong dan bakal calon dari Barisan Nasional dan diikuti selepas itu puak Pakatan Rakyat. Cuaca cerah gemilang dan seceria mereka yang datang kesini.Kedua penyokong berkumpul secara aman tiada provokasi atau sorakan mengejek. Penamaan berjalan lancar. Selepas pengumuman calon-calon yang bertanding lebih kurang jam 12.00 TH. Penyokong dari Pakatan Rakyat mula bergerak untuk balik dan diikuti penyokong Barisan Nasional setengah kemudian. Syabas kepada anggota polis yang mengawal keamanan dan juga kedua belah penyokong parti yang bertanding.