Friday, July 20, 2012

Pokok Bunga Bongor sedang berbunga.

Sepanjang jalan Tengku Abdul Samad Raub,banyak ditanam pokok bunga bongor, nama saintifiknya Langerstroemia speciosa(Lythraceae). Elok sangat kalau Majlis Daerah Raub menanam lebih banyak pokok ini.Apabila berbunga seolah berada di Korea dan Jepun seperti musim Sakura berbunga. Kampung Paya Bungor ,Kuantan telah mengunakan nama pokok ini.Kerana kawasan sekitar Tasik Paya Bungor banyak terdapat pokok bungor maka penduduk disitu meletak nama kampung sebagai kampung Paya Bungor. Sejenis pokok yang tergolong pokok yang berbatang besar dan sesuai ditanam ditepi jalan sahaja.

Thursday, July 05, 2012

Hidup tanpa hempedu.

06/06/2012,menanti masa diambil untuk dibedah. Hempedu yang telah dikeluarkan dari perut. Bergambar beramai sebelum masuk bilik bedah.Kot-kot bergambar untuk kali terakhir. Bersama anak bongsu tersayang,Zaim Luqman. Ditarik dengan katil untuk kebilik bedah. Sempat lagi posing 'Peace untuk keamanan sejagat'. Lepas keluar bilik bedah,kalau sakit sangat, picit morfin tahan sakit. Bergambar depan bilik bedah, isteri dan anak bongsu. Masa ni sakit tak boleh nak cakap,sakit sesangat. Ini hari ke 2 lepas bedah,ok sikit. Morfin untuk tahan sakit. keluar wad 10/06/2012.bantal tu bukan bantal busuk ya.Guna sangat bila batuk. Bersama dengan Dr Hairol Azrin Othman,Pakar Bedah. Duit untuk bayar keluar wad.Kos bedah boleh beli body Nikon D800. Isi dalam hempedu lepas dibelah. 01/06/2012, hari pertama melangkah masuk ke wad songket,tingkat 7,HUKM. Fungsi hempedu Ditanya mengenai fungsi hempedu, Dr. Hairol memberitahu, hempedu bertindak sebagai agen pembaur lemak yang dimakan. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan sementara waktu di dalam pundi hempedu. Hempedu penting dalam proses penghadaman lemak makanan. Pundi hempedu pula bertindak sebagai tempat simpanan hempedu. Beliau berkata, biasanya seseorang yang mengalami masalah batu hempedu mempunyai pundi hempedu yang kurang berfungsi. ''Pundi berkenaan tidak dapat mengecut dan mengeluarkan jus hempedu di dalamnya, mengakibatkan stasis atau jus hempedu bertakung di dalam pundi berkenaan. Hempedu yang bertakung tersebut akan menjadi lebih likat dan akhirnya boleh membentuk kristal,'' katanya. Menurut Dr. Hairol, keadaan itu memerlukan pundi hempedu berkenaan dibuang bersama-sama dengan batu di dalamnya untuk mengelak simptom tersebut berulang. Simptom batu dalam hempedu Ditanya sama ada terdapat simptom spesifik penyakit pundi hempedu, Dr. Hairol menjelaskan, ia lazimnya adalah radang pundi hempedu yang penyebab utamanya adalah batu hempedu. Di antara tanda-tanda penyakit radang pundi hempedu adalah sakit perut atau senak pada bahagian sebelah kanan badan, di bawah tulang rusuk. Ia boleh merebak hingga ke belikat sebelah kanan. Kesakitan tersebut biasanya berlaku selepas pengambilan makanan berlemak yang berlebihan. Bagaimanapun, katanya, tidak semua individu yang mempunyai batu hempedu mengalami simptom-simptom tersebut malah hanya hanya segelintir sahaja yang melaluinya. Ditanya punca kesakitan tersebut dirasai, Dr. Hairol memberitahu, ada dua jenis kesakitan disebabkan oleh batu hempedu. i. Kesakitan biliari kolik (biliary colic) yang dirasai selepas mengambil makanan berlemak disebabkan oleh pergeseran batu berkenaan dengan dinding pundi hempedu, kerana pundi hempedu akan mengecut untuk mengeluarkan jus hempedu ke dalam usus untuk menghadamkan lemak. ii. Untuk simptom radang pundi hempedu pula, kesakitan yang dialami disebabkan bengkak pada pundi hempedu akibat pangkal pundi hempedu yang tersumbat oleh batu di dalam pundi tersebut. Kesakitan yang dialami adalah lebih teruk berbanding dengan biliari kolik. Dr. Hairol ketika ditanya mengapa ada individu tidak mengalami simptom biarpun mempunyai batu dalam hempedu berkata: ''Ini soalan yang susah hendak dijawab kerana sakit itu sendiri sesuatu yang relatif. ''Mungkin sesekali seseorang itu mengalami senak perut selepas makan tetapi tidak berapa serius dan menjangka hanya mengalami gastrik.'' Dilihat dari sudut faktor pemakanan, katanya, mungkin jika seseorang itu berpantang makanan yang berlemak atau berminyak boleh mengawal daripada mengalami sakit biliari kolik. copy paste Utusan Malaysia.29/08/2010.