Friday, June 21, 2019

Fraser Hill International Bird Race.21/06/2019








Yb Dato Hj Shafik kebetulan lalu masa kami 'menembak burung'.


LENS YANG BERHARGA RM46,500.00.Canon EF 800mm f/5.6L IS USM Autofocus Lens.

Pertandingan mengenal burung di Bukit Fraser pada 20-21 Jun 2009.
Ramai orang menyangka burung-burung ini akan berlumba.Sebenarnya pertandingan 'ria '
mengenal pasti dan mencatit jumlah spesis burung yang dapat dilihat.Siapa yang terbanyak dikira pemenang.lebih dari 250 spesis burung liar direkodkan di Bukit Fraser.Objektif Pertandingan Burung Antarabangsa diadakan:-
1. Menarik perhatian peminat-peminat burung tempatan dan luarnegara bahawa
Bukit Fraser adalah destinasi melihat burung yang terbaik dirantau ini.
2. Mengalakkan aktiviti mengenal burung sebagai satu aktiviti luar yang sihat
dan bersifat akademik.
3. Mewujudkan kesedaran terhadap pentingnya khazanah alam semulajadi dipelihara
dan dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah oleh Yb Dato Haji Shafik Fauzan Bin Shariff,DIMP,SIMP.Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan,Kesenian & Warisan.