Tuesday, March 29, 2011

Sarang burung tempua(Baya Weaver Ploceus philippinus).








Puluhan sarang didahan pokok durian.








Burung Tempua dikenali kerana kelebihannya yang membina sarang yang besar yang dijalin daripada rumput dengan pelbagai bentuk
bergantung kepada spesies.Burung Burung Tempua mempunyai keupayaan yang khas untuk menganyam sarangnya.
Sarangnya dianyam daripada rumput dan daun lalang, tergantung dihujung dahan pokok yang tinggi.
Sarang yang diperbuat daripada helaian halus lalang/rumput yang dianyam
dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok.Burung tempua adalah sejenis burung yang sangat rajin membuat sarang.
Sungguh kreatif,tekun menganyam sarang menjadi sarang yang sangat selamat.
Pintu masuk sarang hanya boleh masuk melalui bawah sahaja.Selamat dari pemangsa seperti ular.

1 comment:

Nizam Awang Brahim said...

Sarang burung paling canggih ni la dia...