Friday, April 03, 2009

Kuarters Jalan Cheroh Lama akan diroboh.





Antara rumah yang telah diubahsuai dengan belanja RM40,000.00 dan tiada sesiapa yang duduk selepas di baiki dan sekarang menunggu masa untuk di robohkan.




Satu lagi projek pembangunan rumah kedai akan dibina disini.Projek akan bermula
bulan Jun ini. Semalam mesyuarat telah diadakan bersama penduduk yang mendiami kuarter kerajaan disini untuk memberitahu mereka supaya berpindah sebelum bulan Jun ini.Inilah salah satu cara tanah kerajaan di ambil pemaju dan hartanah ini kan berpindah hakmilik.Hartanah yang pastinya berharga mahal ini akan dibeli oleh kaum bumiputerayang rata-ratanya kaya-kaya belaka.Beginilah kebijaksanaan pemimpin hari ini.Bijak memelihara kepentingan orang melayu.Lihatlah pembangunan rumah kedai di Jalan Tras,Jalan Lipis dan terbaru di belakang bangunan MDR,majoriti pemiliknya adalah orang melayu.Syabas kepada pemimpin Umno.Generasi akan datang akan berbangga dengan kelicikan jiwa usahawan anda hari ini.

Thursday, February 19, 2009

Robohkan selepas di baik pulih.





Dari maklumat kontraktor yang baikpulih kuarters tersebut,kerajaan berbelanja sebanyak RM40,000.00 sebuah rumah.6 buah rumah sebanyak RM240,000.00.Hangus wang rakyat.Bina dan roboh.Bijak-bijak.

Monday, February 09, 2009

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dataran Raub.






Tak masuk padang pun.Sibuk kerana adik pindah dari Kuala Krai ke Kuarters Balai Polis Raub Blok Anggerik.Singgah sekejap masa beli goreng pisang untuk jamu tukang angkat barang.Teruk giler...dan memenatkan angkat barang dan perabut ke tingkat 4.