Tuesday, August 04, 2009

Kamera Minaq Jinggo diragut.



http://minaq-jinggo.fotopages.com/
Fotopages yang paling popular di Malaysia.Tersentuh perasaan bila mendapat tahu
kamera saudara Jinggo dibawa lari oleh penyangak YANG buta mata hatinya.
Kamera dan lens berharga RM18,000.00.Lesap sekelip mata.
Kesusahan dan cabaran seorang jurugambar bebas.
Masih ramai yang tak tahu kos sebenar yang perlu dibelanjakan oleh jurugambar.
Kalau boleh gambar yang diambil hendak percuma sahaja.Tak fikir langsung jerih payah dan wang yang dibelanjakan oleh jurugambar.

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda

-Seperti yang tersiar di dalam majalah Pesona Pengantin
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.


P/S: Saya pernah mengalaminya bila gambar dah dicuci dan softcopy diberi...Tak payahlah saya sebutkan jabatan kerajaan itu disini. Masa belum dapat cakap boleh bayar(cakap saja berapa)...tunggu punya tunggu satu sen pun tak bayar.
Untuk saudara Jinggo,terimalah musibah itu dengan tabah dan sabar.Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Wednesday, June 24, 2009

Jambatan Kg Rengai dalam pembinaan.




Masa kash kecik dulu,merasa naik tomgkang bila nak keseberang.Seronok weh
tongkangnya jalan sendiri.
Lepas tu baru lah kerajaan bina jambatan gantung.'Jenuh' juga lah
orang kampung menanti nak dapat jambatan ini.Main puluh tahun le juga.
Berlenjan peluh masa nak jual langsat keluar.Main kandar aje. Itu cerita
masa musin langsat atau durian.
Sebenornya buat masa ini.
banyak tanah getah terjual ke cina penjom.Rasa kash keliling kampung Rengai
ini tanah cina penjom belaka dah.Rugi bete...Dah siap jambatan ini melamtunglah
rega tanah kat sineh.Lepas tu buatlah terus... jalan tar ke kampung Kemahang.
Majulah sikit kampung. Aki kash memang asalnya kat sineh.Orang Kampung waris belaka

Saje aje kash tulis gini.Sapa nak belajor atau tahu bahasa Pahang masuk kat sini
forum cari.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=421117&extra=page%3D1&page=1

Tuesday, June 23, 2009

Sungai Bilut.





Dulu sungai ini banyak ikan.Sekarang dah semakin kurang walaupun tak pupus.
Airnya semakin tohor(cetek)kerana runtuhan dan hakisan tanah di ulu sungai.
Sungai ini samakin kotor...serbanika air kumbahan dari kampung baru Tras masuk
ke dalam sungai ini.Satu hari nanti nasib sungai ini akan jadi sungai Gombak.
Bukan lagi air sungai tapi air longkang.

Monday, April 20, 2009

Tun Mahathir di Dewan Kompleks Rakan Muda Dong,Raub,Pahang.


Saudara Azman Yusuf pendukung setia Umno.

Walaupun dah berumur 80an masih gagah berucap.

Saudara Jinggo membidik subjek.

Pukul 9.30 pagi,orang masih belum memenuhi dewan.

Kebanyakkan yang hadir kerana nak lihat Tun Mahathir.

Bersama Minaq Jinggo pro photographer.http://minaq-jinggo.fotopages.com/






Tun Mahathir pernah datang ke Raub pada tahun 1990 sewaktu acara pecah tanah
Pembinaan Taman kemajuan Simpang kallang. Dalam jarak masa 29 tahun…
Sekali lagi Tun Mahathir menjejak tanah Raub.Ketika pertama kali dia datang dulu mungkin setengah dari Pemuda Umno Raub yang menganjur majlis ini masih dalam dukungan ibu,masih berlampin dan berputing di mulut.
Peserta PKLN yang ramai memenuhi dewan tentunya belum lahir lagi pada masa itu.
Ucapan Tun berkisar tentang sejarah kedaifan dan ,kelemahan orang melayu pada masa
sebelum merdeka. Tanpa ilmu,tanpa duit dan tanpa kuasa politik.
Selepas merdeka orang melayu berkuasa lalu sifat tamak haloba,mencari keuntungan dengan cara senang.Menjual maruah diri dengan rasuah.Menjual kepentingan melayu.
Semakin lama semakin parah.Semuanya kerana duit dan mencari kekayaan untuk diri sendiri.Rakyat yang tiada kepentingan pun menjauhkan diri.Sokong pengbangkang lah
pulak.Lihat dan layari warta Raub.Menceritakan segalanya.Bagaimana pemimpin mencari kekayaan untuk kepentingan diri dan kroni. http://anaksrikandi.blogspot.com/
Umno perlu berubah,berubah segalanya termasuk kepemimpinan yang tidur dan rasuah.

Thursday, April 09, 2009

Kebakaran Di kg Baru Sempalit.






Kebakaran berlaku lebih kurang pukul 12.00 malam.Menglibatkan sebuah rumah dua tingkat.Tiada kemalangan jiwa berlaku.
Kecekapan anggota bomba menyelamatkan kiri kanan rumah dari terbakar.

Friday, April 03, 2009

Senja di Bandar Raub Perdana.





Kuarters Jalan Cheroh Lama akan diroboh.





Antara rumah yang telah diubahsuai dengan belanja RM40,000.00 dan tiada sesiapa yang duduk selepas di baiki dan sekarang menunggu masa untuk di robohkan.




Satu lagi projek pembangunan rumah kedai akan dibina disini.Projek akan bermula
bulan Jun ini. Semalam mesyuarat telah diadakan bersama penduduk yang mendiami kuarter kerajaan disini untuk memberitahu mereka supaya berpindah sebelum bulan Jun ini.Inilah salah satu cara tanah kerajaan di ambil pemaju dan hartanah ini kan berpindah hakmilik.Hartanah yang pastinya berharga mahal ini akan dibeli oleh kaum bumiputerayang rata-ratanya kaya-kaya belaka.Beginilah kebijaksanaan pemimpin hari ini.Bijak memelihara kepentingan orang melayu.Lihatlah pembangunan rumah kedai di Jalan Tras,Jalan Lipis dan terbaru di belakang bangunan MDR,majoriti pemiliknya adalah orang melayu.Syabas kepada pemimpin Umno.Generasi akan datang akan berbangga dengan kelicikan jiwa usahawan anda hari ini.