Thursday, August 17, 2006

HANTU SAJA BOLEH TENGOK HANTU



Kuasa makhluk ghaib ni takde apa2 yg menghairankan sebenarnya. Ia tak lebih daripada teknologi dan pengetahuan yg dimiliki oleh alien (makhluk bukan manusia)
Camni la. Cuba korang bayangkan pergi ke zaman 1400 sambil membawa walkie talkie. Pastu korang mengadap Parameswara cakap kau boleh ramal masa depan. Kau taruk walkie talkie tu atas pokok, then member kau lagi sorang pergi ramal dan cakap melalui walkie talkie tu pasal ada satu tempat namanya Melaka yg sesuai didirkan pusat pemerintahan yg baru. Dah sah la diorang semua terkejut beruk dan anggap kau ni hebat sebab boleh kasi pokok tu boleh bercakap. Diorang mesti ingat kau ada bela hantu, jin, atau penunggu mak nenek padahal ianya tak lain dan tak bukan cuma satu TEKNOLOGI yg tak dimiliki oleh org zaman tu..

Mudah terpengaruh dengan cakap orang walaupun tak diketahui betul atau tak.(45%)
Pernah alami tapi tak tahu nak terangkan dengan ilmu sains. (20%)
Tidak berfikiran kritikal. 4 (10%)
Tahap IQ yang rendah. 4 (15%)

Soalannya adalah kenapa melayu mudah percaya pada tahyul....

1.Suka dgn benda tahyul dan khayalan
2.Sebelum kedatangan Parameswara dulu lg,masyarakat terdahulu pekat dgn kepercayaan animisme.
3.Dulu takde aktiviti riadah nak buat,so hutan belantara pon masa tuh masih tebal.Jadi zaman dulu tidak sesibuk mcm skg.Org sekarang takde masa sgt nak pk pasal ni.Sibuk....Dulu banyak masa free...
4.Dulu mak bapak kita selalu momokkan kita,"ayoooo jgn pergi dapur ,nanti ada hantu",so aku taknak anak aku melalui benda yg sama mcm aku. So never do it to our child

Macam temuramah TV bersama uncle seekers & dr. fadhilah kamsah...uncle seekers tetap mempertahankan bahawa hantu itu wujud tapi dr fadhilah cakap hantu tak wujud sebab dlm Quran tak cakap tapi hanya menyebutkan tentang jin, malaikat & makhluk ghaib dan sewaktu dengannya... Kita boleh dengar ceramah yg disampaikan oleh Prof. Jumadi Mustar di http://ceramahislam.com . Banyak info yg berguna mengenai makhluk ghaib/jin yang dianggap sebagai alien oleh MACD... jika kita faham mengenai kejadian mahkluk ghaib yg disampaikan dalam ceramah ini tak jadi isu tahyul atau tidak sebab kita tahu batas-batas pemikiran manusia terhadap makhluk ghaib ini.

Pada saya kita sebagai orang islam wajib percaya kepada benda ghaib seperti yang tertulis dalam alquran... dalam surah albaqarah ada dinyatakan pada ayat kedua.... perkara ghaib nih termasuklah malaikat, jin and syaitan.... kita boleh percaya bahawa benda tuh... ada... tapi kalau percaya bahawa benda ghaib nih boleh bawa keburukan atau kebaikan kepada kita , itu dah dikira salah dari hukum islam kerana semua yang terjadi adalah dengan izin Allah swt...
Saya paling tak setuju apabila orang sakit Tok Bomoh mengatakan ini kes buatan orang.
Macamana Tok Bomoh tu tahu ada kes buatan orang dengan ilmu sihir.Itu hanya tohmahan atau ramalan Tok Bomoh. Walaupun sihir itu wujud .Perbuatan menuduh orang lain tanpa bukti(fakta) dikira berdosa besar termaksud dalam bab fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.Apabila yang dituduh tak dapat membela dirinya.
segala adat istiadat serta amalan turun temurun yang bercanggah dengan islam dah tak boleh pakai ... contohnya percaya pada kubur tok keramat la, nak buat rumah kena letak kain kuning kat tiang la...... ustaz2 dalam radio n tv dah banyak kali tegur... tapi ada jugak sesetengah org yang still buat... tak paham langsung........

Disini saya sertakan gambar orang pergi pameran hantu di ShahAlam.Selangor.

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Monday, April 03, 2006

PERINGATAN BUAT YANG HIDUP

"Peringatan buat diriku yang sering lupa........
Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita.


Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekaliipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf...
Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita terlalu
mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...* kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita????
Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.
Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Siapa kita....????
Wallahu'alam
"