Monday, December 31, 2012

Muzium Kuala Lipis. 31 Dis 2012

Cerek Air dibuat dari gangsa. Mempunyai ukiran yang menarik pada badan cerek.
Orga.Alat untuk menghisap tembakau atau candu. Gobek api kayu.Alat untuk menghidupkan api.
Pelita minyak tanah yang dibuat dari tembaga dan kaca.

Thursday, October 25, 2012

Melawat Zoo Kuala Lipis.25/10/12

Muhammad Zaim Luqman dengan Siti Sarah depan pintu masuk zoo lipis Zoo Lipis Zoo Lipis Terletak di Bukit Bius, Kuala Lipis Jarak 1.5 km daripada simpang Bukit Bius dan Bangunan Lipis Centrepoint. Zoo Lipis juga menjadi salah satu daya penarik di Kuala Lipis. Ia dibuka pada 4 Mac 2006 dan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lipis ketika itu iaitu Dato Haji Zainal Abidin Mat. Ia terletak di Bukit Bius. Zoo ini menempatkan 42 spesies haiwan hutan hujan tropika. Kebanyakan haiwan di sini telah disumbangkan oleh Zoo Melaka.

Friday, July 20, 2012

Pokok Bunga Bongor sedang berbunga.

Sepanjang jalan Tengku Abdul Samad Raub,banyak ditanam pokok bunga bongor, nama saintifiknya Langerstroemia speciosa(Lythraceae). Elok sangat kalau Majlis Daerah Raub menanam lebih banyak pokok ini.Apabila berbunga seolah berada di Korea dan Jepun seperti musim Sakura berbunga. Kampung Paya Bungor ,Kuantan telah mengunakan nama pokok ini.Kerana kawasan sekitar Tasik Paya Bungor banyak terdapat pokok bungor maka penduduk disitu meletak nama kampung sebagai kampung Paya Bungor. Sejenis pokok yang tergolong pokok yang berbatang besar dan sesuai ditanam ditepi jalan sahaja.