Thursday, March 18, 2010

Bandar Raub.








Perkataan Raub dalam Bahasa Malaysia bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas setiap dulang pasir. Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine(RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mine Co. Ltd pada tahun 1982. RAGM beroperasi sehingga 1961.
Kaedah perlombongan yang dijalankan di daerah Raub adalah kaedah bawah tanah (shaft mining) dan ia dimulakan di Lubang Raub (Raub Hole). Daerah yang terlibat dengan perlombongan emas ialah Bukit Koman dan dipercayai perlombongan telah meliputi kawasan bawah tanah hingga ke Bandar Raub. Kawasan bawah tanah antara Pekan Bukit Koman dan Bandar Raub adalah berlubang dan ini meninggalkan kesan buruk kepada pembangunan fizikal bandar. Hingga kini Raub tidak boleh mendirikan bangunan-bangunan tinggi.
Kegiatan perlombongan emas juga telah meninggalkan warisan sejarah yang berharga untuk Daerah Raub. Kebanyakan nama jalan-jalan utama Bandar Raub sebelum 1980-an adalah sempena nama pengurus lombong RAGM. Misalnya, jalan Bibby Road, sempena nama pengurus pertama, William Bibby dan Mason Road yang juga sempena nama seorang pengurus lombong zaman berkenaan.copy paste dari http://pdtraub.pahang.gov.my.

No comments: