Sunday, June 20, 2010

Gambar Tupai perang(brown).






Info Tambahan : tupai@ squirrel

Tupai ialah sejenis rodensia daripada keluarga Sciuridae yang kecil hingga sederhana saiznya. Di kawasan-kawasan yang bertuturan bahasa Inggeris, tupai biasanya merujuk kepada spesies-spesies Sciurus dan Tamiasciurus, iaitu tupai-tupai pokok yang berbulu lebat ekornya dan yang berasal dari Asia, benua Amerika dan Eropah, kecuali Ireland. Genus-genus yang serupa boleh didapati di Afrika. Keluarga Sciuridae juga merangkumi tupai terbang serta tupai di atas tanah seperti tupai tanah, anjing prairi, dan woodchuck. Ahli-ahli keluarga Anomaluridae kadangkala disalah anggap sebagai "tupai terbang berekor sisik", walaupun ia tidak berhubungan rapat dengan tupai sebenar.

Tupai merupakan haiwan mamalia dan berdarah panas. Tupai menjaga anaknya dan merupakan haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan secara amnya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tupai
Peribahasa mengatakan,sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga.
Orang dulu pernah jumpa ke tupai jatuh ketanah?Jatuh sebab kena tembak adalah.

No comments: