Tuesday, July 13, 2010

Bunga kantan.


Buat laksa tak sah kalau tak letak bunga kantan.Untuk bau dan rasa yang enak.




Bunganya cantik,warna merah dan harum baunya.
Kantan (Phaeomeria speciosa) ialah sejenis tanaman yang boleh digolongkan’sebagai ulam perasa dan pembuka selera. Tanaman ini dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar atau pun ditanam di kawasan-kawasan tropika. Tujuan utama dimasukkan bunga kantan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut. Biasanya bunga kantan yang belum kembang dicampur ke dalam masakan samada secara mentah atau dimasak. Bunga kantan mengandungi sedikit vitamin A, B, C dan zat-zat galian.

KEADAAN POKOK

Pokok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok-kelompok. Tinggi pokok boleh mencapai sehingga 4 m atau 5 m. Batangnya bulat. Daunnya panjang, sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun. Bunga kantan berwarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang berasingan daripada daunnya. Setiap batang hanya sekuntum bunga dikeluarkan.

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Boleh dikatakan tiap-tiap bahagian pokok kantan mempunyai khasiat dan kegunaannya. Sebagai-mana yang diketahui, bunga kantan ialah satu campuran penting dalam laksa dan nasi ulam. Tanpa bunga kantan, kurang lengkap dan enak laksa dan nasi ulam.
Selain daripada itu, bahagian-bahagian yang mempunyai kegunaan dan khasiat ialah:—

Batang – boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak.

Buah – boleh digunakan untuk mengubati kurang selera makan.

Ubi – boleh dicampurkan dalam makanan.

KEPERLUAN TANAMAN

Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humus. la hidup subur di kawasan-kawasan teduh. Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokokyang berhampiran. Di negara kita pokok-pokok kantan banyak terdapat di tepi-tepi sungai.
PENANAMAN

Pokok kantan boleh ditanam dengan mengunakan rizom (ubi) atau bijibenih. Jarak yang sesuai antara satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.

MEMUNGUT HASIL

Hanya setahun atau lebih selepas ditanam, pokok kantan mula berbunga dan berbuah. Selalunya bunga-bunga kantan yang belum kembang dipungut dengan memotongnya bahagian pangkal batang. Kini satu kuntum bunga kantan boleh dijual dengan harga antara 30 sen hingga 50 sen. (tahun 1989)
Dari http://pakartani.com/blog/2010/04/27/kantan/

1 comment:

mantan said...

Zak,
Kau tulislah cerita tentang "keladi Kemahang" tu....