Monday, July 05, 2010

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.






Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Sultan Ahmad Shah 1, sempena nama Sultan Pahang sekarang. Ianya terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.
Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan. Rekabentuknya elegan dan senibinanya halus. Kubah utama di kelilingi oleh minaret-minaret. Warna temanya ialah biru muda.

No comments: