Tuesday, November 16, 2010

Kebersihan sungai tanggungjawab bersama.








Di Malaysia, terdapat dua punca utama bahan pencemar sungai, iaitu, aktiviti
pembangunan tanah serta sumber asli dan pembuangan sisa-sisa ke dalam air.


Tiga punca utama pencemar sungai di Malaysia ialah buangan industri
terutama industri berasaskan pertanian dan pembuatan, aktiviti penternakan dan buangan domestik.

Di tepi jalan Raub ke Felda Krau adalah tempat pembuangan sampah dan sisa binaan.
Jabatan Kerja Raya telah membersihkan tepi jalan tersebut dan meletak papantanda
dilarang membuang sampah.Berkesan ke amaran papantanda tu?.Sipembuang sampah akan membuang sampah tersebut tanpa rasa bersalah.Lantaklah air sungai tercemar ke? Tidak pernah fikir langsung kebersihan alam sekitar.Janji tempat buang sampah tu dekat,orang tak nampak atau marah,bebas buang kat mana pun.Itulah tebiat masyarakat Malaysia.Selagi tak didenda atau disaman.Penjenayah alam sekitar ini sepatutnya dibenteras habis-habisan.Jangan bagi ruang mereka melakukannya.

Kualiti air sungai-sungai di
Malaysia semakin terancam dengan pencemaran. Pada umumnya, setiap sungai di negara
ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;
· Kelas 1- airnya boleh terus diminum tanpa rawatan
· Kelas 2 – airnya memerlukan rawatan biasa
· Kelas 3 – air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang
ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing
· Kelas 4 – tercemar*
· Kelas 5 – hampir mati*
*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.
Senario semasa di Malaysia menunjukkan, bilangan sungai yang berada dalam
kategori Kelas 1 dan Kelas 2 semakin berkurangan tetapi yang dikategorikan dalam Kelas
4 dan Kelas 5 semakin meningkat. Perkembangan ini memang dijangka selaras dengan
pembangunan pesat yang dialami oleh negara selain mentaliti masyarakat yang masih
rendah dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Pada tahun 2007 pula, Sebanyak 16 batang sungai di negara ini dikategorikan
sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Lokasi kebanyakan sungai tersebut sungai tersebut
berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kos bagi memulihkan setiap
batang sungai tersebut dianggar memerlukan kos antara RM100 juta hingga RM400juta
bergantung kepada panjang sungai tersebut, bentuk pencemarannya dan aspek pemulihan
yang hendak dijalankan (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007)

Lihatlah Sungai Sampah disini.http://www.esempoi.com/islam/renungan/pencemaran-sungai/

No comments: