Thursday, August 18, 2016

Empangan Kelau dalam prisma.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Kelau
Empangan Kelau merupakan sebuah empangan di Pahang. Empangan setinggi 30 meter seluas kawasan 24 km persegi akan dibina di Sungai Kelau, Raub, Pahang. Projek di bawah Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor (Pahang-Selangor ISRWT) ini bakal dilaksanakan antara 2006-2010.
Muka sauk di Semantan dan stesen pam mempunyai dua paip. Panjang 11.8 km dengan 3.0 diameter. Empangan Telemong di Sungai Telemong, Karak, Pahang turut dirancang. Tapi kerajaan negeri Pahang minta Empangan Telemong dibatalkan.
Pembinaan paip dan terowong dari Empangan Kelau dan Empangan Semantan ke Hulu Langat, Selangor merentasi Banjaran Titiwangsa menggunakan teknologi dan sumber kewangan dari Jepun.
Projek ini melibatkan tiga lembangan iaitu Kelau, Telemong dan Bentong dengan kos lebih RM3.8 bilion. Ini termasuklah RM1.606 bilion untuk pembinaan terowong penyaluran air sepanjang 44.6 kilometer dan jalan masuk ke empangan. RM948 juta bagi pembinaan Empangan Kelau, muka sauk dan stesen pam Semantan serta saluran paip berkembar sepanjang 11.8 kilometer. Yuran perkhidmatan juruperunding dan kontingensi adalah RM800juta.
Paip dan terowong ini akan melalui ladang getah, ladang kelapa sawit, bukit yang curam dan kawasan berhutan Banjaran Titiwangsa seperti Hutan Simpan Lakum.
Di Hulu Langat, saluran terowong sepanjang 44.6 km dengan 5.2 diameter dan cadangan loji rawatan air akan ditempatkan berhampiran Sungai Air Jernih, kira-kira 5km ke barat daya pekan Hulu Langat dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Langat.

Kesan

1,057 hektar Hutan Simpan Lakum akan tenggelam. Hutan ini adalah habitat hidupan liar seperti monyet spesies dusky leaf, badak sumbu dan burung enggang hitam.
Tanah rizab orang Asli yang penuh flora dan fauna akan tenggelam. Penduduk Felda Mempaga, Felda Kelau, Rancangan Tanah Pemuda dan 13,000 orang Asli suku Temuan di Bentong akan turut tenggelam. Felda Lembah Kelau, RTP Kelau dan perkampungan orang Asli Sungai Temir bakal ditenggelamkan
Sebelum ini aktivis alam sekitar membantah projek pembinaan empangan Sungai Selangor dan Empangan Bakun di Sarawak. NGO tidak setuju tenggelamkan perkampungan orang Asli di pedalaman seperti Sungai Kelau, Raub, Pahang bagi menampung keselesaan bekalan air di Lembah Kelang.
Rakyat tempatan juga dikatakan kurang mendapat faedah langsung dari segi peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi sebagaimana KLIA, KLCC, Putrajaya dan lain-lain.

Faktor pembinaan

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) menekankan perkongsian air antara negeri dan antara empangan. Ini berikutan agihan air tidak sekata dan permintaan mendadak terutama di Lembah Klang yang begitu pesat membangun.
Lebih 478,995,217 meter padu air digunakan untuk kegunaan domestik pada 2003 di Malaysia. Penggunaan air bukan domestik bermeter pula ialah 245,490,214 meter padu. Jumlah penggunaan air domestik dan bukan domestik bermeter di Malaysia untuk 2003 ialah masing-masing 1,609,574,693 meter padu dan 843,388,420 meter padu.
Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) menyatakan Skim Sungai Selangor hanya mampu membekalkan 4,350 juta liter sehari. Sedangkan penduduk Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka 8,080,823 orang pada 2010.
RMK-9 akan membina 47 empangan baru dan 3 projek air antara negeri dan projek sumber air lain akan menelan kos RM52 bilion. Ini termasuklah 12 di Johor, 12 di Pahang dan 6 di Perak.
Masalah utama ialah:
  1. Kerenah birokrasi antara kerajaan negeri. Air merupakan bidang kuasa kerajaan negeri.
  2. Terlampau banyak jawatankuasa berkaitan dengan bekalan air, pemasangan paip air, kutipan bil air, penguatkuasaan dan sebainya.
  3. Kualiti air sungai di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  4. Kualiti air minuman di bawah Kementerian Kesihatan
  5. Penebatan banjir dan pengairan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
  6. Peranan Water Asset Management Company tidak begitu jelas.
  7. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) tiada kuasa penuh ke atas sumber air di Malaysia.SPAN hanya berkuasa ketika air berada di dalam sistem perpaipan. Bagaimanapun, bila dan di mana air itu diambil dan pengurusan kawasan tadahan tidak berada di bawah kawalan SPAN, tetapi di bawah pelbagai agensi termasuk kerajaan negeri.
  8. 1999 Lembaga Pengurusan Air Selangor telah ditubuhkan. Integrasi antara sumber air, pengurusan empangan sungai pembinaan paip air telah diintegrasikan. Namun bekalan air masih merupakan masalah utama.




















No comments: