Tuesday, June 08, 2010

Tapai ubi kayu.


Tangki gas kecil aje.5 kg.


Tapai ubi kayu berbeza dengan tapai ubu kayu yang orang Malaysia buat.
Disana tapai ubi kayunya kering tidak berair.Saya perhatikan orang Indonesia
amat gemar makan ubi kayu,termasuk daun ubi kayu.Jualan tapai ubi kayu amat laris.

3 comments:

mantan said...

Macam mana buat taapai ubi tu ye?

W i e d e s i g n a r c h said...

aku suka tapai ^-^
sukaaaaaaaaaaa sekali ^-^

Photographer RAZAK RAMLI said...

Tapai Ubi

Bahan-Bahan:
1½ kg ubi kayu
1 biji ragi Daun pisang secukupnya
Cara:
Kupas kulit ubi kayu dan basuh hingga bersih. Potong ubi sederhana kecil kemudian rebuslah sehingga empuk. Setelah cukup empuk (tidak terlalu empuk), angkat dan toskan airnya. Kemudian sejukkan sebentar. Sebelum ragi digunakan, jemur dulu untuk seketika. Kemudian hancurkan ragi dan tabur pada ubi yang telah sejuk hingga rata. Buat begini satu-satu hingga selesai. Lapiskan sehelai daun pisang ke dalam sebiji pasu tanah atau belanga tanah. Kemudian aturkan ubi yang telah ditaburkan dengan ragi tadi. Tutup dengan sehelai daun pisang lagi. Kemudian tutupkan pula dengan penutup pasu. Bungkuskan pasu dengan kain kemas-kemas. Setelah tiga hari, bolehlah dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk untuk menikmati rasa yang lebih enak.