Wednesday, July 21, 2010

Pertandingan Solekan Pengantin.


Pemenang tempat ketiga.

Pemenang tempat kedua.

Juara pertandingan solekan pengantin 2010.














Wednesday, July 14, 2010

Bunga buah naga.





Buah naga mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesehatan manusia diantaranya sebagai penyeimbang kadar gula darah, pelindung kesehatan mulut, pencegah kanker usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan dan mengobati keluhan keputihan.

Buah naga biasanya dikonsumsi dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, karena buah naga mengandung kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis karena mengandung kadar gula mencapai 13-18 briks. Buah naga juga dapat disajikan dalam bentuk jus, sari buah, manisan maupu selai atau beragam bentuk penyajian sesuai selera anda.

Secara umum,pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
“Penelitian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan menetralkan toksik dalam darah.“Penelitian juga menunjukkan buah ini bisa mencegah kanker usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung; serat (mencegah kanker usus, kencing manis dan diet); karotin (kesehatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit), kalsium (menguatkan tulang).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mencegah demam badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
http://www.buahnaga.

Tuesday, July 13, 2010

Bunga kantan.


Buat laksa tak sah kalau tak letak bunga kantan.Untuk bau dan rasa yang enak.




Bunganya cantik,warna merah dan harum baunya.
Kantan (Phaeomeria speciosa) ialah sejenis tanaman yang boleh digolongkan’sebagai ulam perasa dan pembuka selera. Tanaman ini dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar atau pun ditanam di kawasan-kawasan tropika. Tujuan utama dimasukkan bunga kantan ke dalam masakan ialah untuk membangkitkan bau dan rasa masakan tersebut. Biasanya bunga kantan yang belum kembang dicampur ke dalam masakan samada secara mentah atau dimasak. Bunga kantan mengandungi sedikit vitamin A, B, C dan zat-zat galian.

KEADAAN POKOK

Pokok kantan ialah pokok herba jenis tinggi yang boleh tumbuh membiak dan merimbun berkelompok-kelompok. Tinggi pokok boleh mencapai sehingga 4 m atau 5 m. Batangnya bulat. Daunnya panjang, sederhana besar dan berwarna kehijauan. Terdapat dua jenis sulur yang akan keluar dari rizom atau ubi iaitu sulur yang akan mengeluarkan bunga dan satu lagi akan mengeluarkan daun. Bunga kantan berwarna merah jambu dan mempunyai aroma yang kuat tumbuh pada batang yang berasingan daripada daunnya. Setiap batang hanya sekuntum bunga dikeluarkan.

KHASIAT DAN KEGUNAAN

Boleh dikatakan tiap-tiap bahagian pokok kantan mempunyai khasiat dan kegunaannya. Sebagai-mana yang diketahui, bunga kantan ialah satu campuran penting dalam laksa dan nasi ulam. Tanpa bunga kantan, kurang lengkap dan enak laksa dan nasi ulam.
Selain daripada itu, bahagian-bahagian yang mempunyai kegunaan dan khasiat ialah:—

Batang – boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak.

Buah – boleh digunakan untuk mengubati kurang selera makan.

Ubi – boleh dicampurkan dalam makanan.

KEPERLUAN TANAMAN

Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur iaitu yang mengandungi banyak humus. la hidup subur di kawasan-kawasan teduh. Oleh itu ia memerlukan sedikit lindungan, biasanya daripada pokok-pokokyang berhampiran. Di negara kita pokok-pokok kantan banyak terdapat di tepi-tepi sungai.
PENANAMAN

Pokok kantan boleh ditanam dengan mengunakan rizom (ubi) atau bijibenih. Jarak yang sesuai antara satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.

MEMUNGUT HASIL

Hanya setahun atau lebih selepas ditanam, pokok kantan mula berbunga dan berbuah. Selalunya bunga-bunga kantan yang belum kembang dipungut dengan memotongnya bahagian pangkal batang. Kini satu kuntum bunga kantan boleh dijual dengan harga antara 30 sen hingga 50 sen. (tahun 1989)
Dari http://pakartani.com/blog/2010/04/27/kantan/

Pekan Sehari Raub.




Di sini boleh jumpa sayur-sayuran kampung serta kuih-muih yang berbagai jenis.
Termasuk asam rong kegemaran orang Ulu Sungai dan Batu Talam. Juga terdapat pelbagai jenis ikan air tawar khususnya ikan patin sangkar sungai.Pendek kata, semua yang dijual di sini menjadi kegemaran setiap pengunjung.
Untuk melihat dan merasai semua ini, Ini bolehlah berkunjung Ke Pekan Sehari Raub. Setiap hari ahad.

Monday, July 05, 2010

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.






Nama rasmi masjid ini ialah Masjid Sultan Ahmad Shah 1, sempena nama Sultan Pahang sekarang. Ianya terletak di tengah-tengan Bandar Kuantan, ibu negeri Pahang. Terletak di Jalan Mahkota, masjid ini terletak di pusat bisnes yang sibuk. Di sekitar masjid ini terdapat bangunan-bangunan kerajaan, bank-bank dan kedai-kedai. Bersebelahan masjid ini ialah sebuah padang bola yang luas.
Masjid ini adalah antara tempat tarikan pelancong ke Kuantan. Rekabentuknya elegan dan senibinanya halus. Kubah utama di kelilingi oleh minaret-minaret. Warna temanya ialah biru muda.