Tuesday, June 26, 2007

Bayangkan kita di tahun 2057.


Perjalanan hidup kita seperti sebuah buku, setiap muka suratnya adalah episod cerita dan setiap baris adalah kisah yang telah tertulis dan halaman terakhir merupakan penamat cerita yang akan disemadikan jadi kenangan ...
Salam kasih sayang daripada aku untuk anda semua yang berada di luar sana sama ada aku kenal ataupun tidak! Muaahhsss!
Bayangkan kita di tahun 2057.
Ketika itu saya sudah berumur 95 tahun. Barangkali sudah punya cucu dan cicit. Itu DAH PASTI Aku ada lima orang anak sekarang. Atau pun mungkin DAH LAMA mati. Mungkin juga ketika itu Zaim Luqman Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh atau kelapan. Mungkin Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). sudah bersatu dalam UMNO.Siapa Zaim Luqman tu....SIAPA?
Ketika itu negara ini sudah mencecah 100 tahun usia kemerdekaannya. Barangkali Malaysia antara negara termaju di Asia Tenggara. Dan ada arca Datuk Seri Abdullah Badawi di Taman Tasik.Tersenyum sokmo.
Bayangkan kita di tahun 2057.
Barangkali negara ini akan menjadi perintis tenaga alternatif, lahir daripada kelebihannya dalam biofuel. Bandar raya di Malaysia paling ceria dengan gabungan kemudahan kosmopolitan yang bertunjangkan masyarakat adil dan bertolak ansur.
Waktu itu Kuala Lumpur sehebat New York. Genting Highlands lebih masyhur dari Monte Carlo. Dan wilayah Iskandar lebih hebat dari Hong Kong. Bagaimana dengan bandar Raub...apakah sudah boleh dipanggil bandaraya.Bagaimana alamsekitar waktu semakin bersih atau semakin kotor.Sungai Lipis masih boleh dipanggil sungai atau sudah bertukar menjadi longkang besar.

Bayangkan kita di tahun 2057.
Cuba bayangkan.Hehehehe...

Monday, June 04, 2007

Majlis menyambut menantu di Tmn Shahbandar Raub

Keluarga pengantin puashati dengan foto weeding...
esoknya panggil saya shoot dekat Taman Bandar Raub
bersama pengantin baru secara formal seisi keluarga.










Monday, May 07, 2007

xpdc Sg Koyan To Cameron Highland.
















Pada 4.5.6.mei.2007.Raub to Cameron Highland melalui Pos Betau,Sg koyan ke Ringlet.Cameron Highland.

Wednesday, March 21, 2007

http://kadirjasin.blogspot.com/

Copy ang Paste dari Blogger Kadir jasin.

PORTAL berita Malaysiakini melaporkan bahawa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah mengarahkan akhbar di bawah kawalannya agar “tidak mencetak atau memberi sebarang pertimbangan kepada makalah Internet yang didapati tidak berasas atau berasaskan kepada spekulasi semata-mata.”

Arahan bertanggal 13 Mac memberi amaran kepada media massa arus perdana agar tidak memetik atau menyiarkan rencana portal berita dan blog yang “anti-Kerajaan.”

Malaysiakini mendakwa memperoleh salinan surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran bernama Che Din Yusof bagi pihak Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan.

Ini adalah satu lagi contoh kebimbangan pemerintah terhadap pengaruh saluran maklumat Internet seperti portal berita dan blog, dan kawalan yang semakin ketat ke atas media massa arus perdana.

Namun ada juga kebaikan kepada arahan terbaru ini. Ia memaksa media massa arus perdana agar memberi perhatian kepada maklumat Internet dan mendalami kesahihannya.

Kesimpulannya media massa arus perdana boleh menyiarkan bahan portal berita dan blog jika didapati berasas seperti pendedahan bahawa Kerajaan membeli jet mewah berharga RM200 juta untuk kegunaan pembesar negara baru baru ini.

Sekadar kegusaran --- apakah baik bagi media massa arus perdana, kepada kebebasan akhbar dan kepada kewibawaan pengarang media arus perdana menerima “warkah” sedemikian dari pemerintah?
PERBUATAN memburuk-burukkan blog dan laman berita web di akhir-akhir ini bukan kebetulan.

Ia adalah satu kempen yang diilhamkan oleh pemilik dan pengendali jentera maklumat dan propaganda rasmi.

Kalau kita masih ingat, tembakan pertama terhadap blogger dilepaskan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, Datuk Shaziman Abu Mansor Ogos lalu. Beliau menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.

Saya yakin walaupun Shaziman mengherdik blogger dan pengulas blog yang menembak curi, beliau sebenarnya lebih takut kepada blogger dan pengulas blok yang memperkenalkan diri mereka.

Walaupun majoriti blogger adalah orang biasa yang mengguna Internet sebagai tempat menyimpan catatan (log) peribadi, semakin banyak wartawan dan golongan profesional lain kini menggunakan blog sebagai saluran komunikasi.

Inilah yang ditakuti oleh pemerintah dan elit politik. Mereka bimbang keupayaan mereka membentuk dan menguasai pendapat umum melalui saluran tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen dihakis oleh saluran baru maklumat ini.

Tuduhan rambang Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku (Teuku) Adnan Tengku (Teuku) Mansor bahawa blogger umumnya wanita, menganggur dan berbohong adalah manifestasi “ketakutan” elit politik parti pemerintah terhadap pengaruh blog dan laman berita web yang semakin ketara.

Bukti kebimbangan mereka menjadi mutakhir dan sahih apabila akhbar New Straits Times berasa perlu mengerah seorang penulis kolum untuk membelasah blogger.

Penulis yang diupah itu (yang makan gaji) antara lain berkata sfera blog tempatan adalah tempat bermastautin orang yang cacat kehidupan dan ahli tilik yang terpinggir.

Katanya hujah-hujah bodoh dan melulu mereka membuktikan mereka tidak berdaya dan tidak berhak untuk mendapat kerja sepenuh masa.

Penulis yang diupah itu menambah, khabar angin, tuduhan melulu, separa-kebenaran dan pembohongan mutakhir adalah barang jualan mereka dan piawaian, prinsip dan etika diketepikan.

[Malangnya dia tidak pula menyebut bahawa sampai hari ini NST tidak memohon maaf atau menyiarkan surat Tun Dr Mahathir Mohamad memperbetulkan kesilapan laporan mengenai pertemuan beliau dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Tokyo tahun lalu.)

Isunya lebih besar daripada blogger lawan media arus perdana atau Teuku Adnan lawan blogger wanita. Isunya ialah semakin banyak bekas wartawan media massa arus perdana kini menjadi blogger dan banyak wartawan media massa arus perdana membaca blog dan mencuri-curi mengulas dalam blog.

Dalam konteks yang lebih luas blog dan laman berita web berkemungkinan besar menjadi pemangkin kepada pertembungan generasi pada pilihan raya umum akan datang.

Adalah tidak mustahil bahawa pilihan raya umum nanti akan menjadi gelanggang perentapan generasi yang akan menyaksikan pertembungan antara generasi lama dengan generasi baru.

Manakala generasi lama terikat dengan norma tradisional seperti menyokong parti hidup atau mati, taasub kepada personaliti bergantung pada saluran maklumat tradisional dan buta IT, generasi baru pula bebas daripada politik kepartian, tidak bergantung pada saluran maklumat tradisional dan celek IT.

Pilihan politik generasi muda dijangka lebih menjurus kepada isu daripada taat setia kepada parti atau personaliti.

Inilah asas ketakutan yang menyebabkan orang seperti Shaziman, Teuku Adnan dan penulis kolum upahan memaki hamun blogger dan pengendali laman berita web.
Shaziman, Teuku Adnan dan elit politik tidak perlu takut kepada penembak curi yang “berbohong.” Kebenaran akan membebaskan mereka. Tetapi penembak sasar (sharpshooter) lain halnya!

TIGA pembesar Umno iaitu Ketua Pemuda Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Ketua Pemuda Encik Khairy Jamaluddin dan ahli Majlis Tertinggi, Tan Seri Abdul Rahim Tamby Chik – dilaporkan begitu berang.

Mereka dikatakan sangat marah kepada pengurusan kanan GLC kerana gagal hadir kongres yang bertujuan membuat anjakan kepada penyertaan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan perniagaan.

Pegawai-pegawai atasan syarikat yang berkaitan kerajaan itu tidak hadir kongres bertajuk Jihad Ekonomi Melayu anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Pemuda Umno dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Rahim adalah presiden Gabem.

Kongres juga mendengar bagaimana GLC tidak teragak-agak bersaing dengan usahawan Melayu/Bumiputera, menarik balik kontrak Bumiputera dan menggantikan pembekal Bumiputera dengan bukan Bumiputera.

Saya tidak bertujuan mengulas lanjut hal ini kerana ini cerita lama. Saya sekadar ingin bertanya:

1. Mengapakah GLC begitu berani mengingkari dasar-dasar kerajaan dan memandang remeh usaha memperkukuhkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi dan perniagaan?

2. Bukanlah Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sendiri pada awal pentadbiran Hadharinya mengarahkan GLC agar tidak bersaingan dengan Bumiputera atau mengambil jalan mudah membuat keuntungan dengan mengambil alih usaha niaga Bumiputera yang berdaya maju?

3. Bukankah kerajaan sendiri yang mengenakan Indeks Kunci Prestasi (Key Performance Index) yang antara lain menjadi keuntungan sebagai misi utama GLC?

4. [Dengan maaf dan tanpa prejudis]. Bukankah banyak daripada pengurus kanan GLC hari ini dikatakan begitu akrab dengan dan sangat hormati kepada Saudara Khairy?

5. [Dengan maaf dan tanpa prejudis]. Bukankah Tingkat Empat JPM dan Sri Perdana dikatakan begitu berpengaruh ke atas GLC dan pengurusnya?

6. Dan adakah adil bagi pembesar politik negara, termasuk Hishammuddin, Khairy dan Rahim, mengherdik pengurusan GLC kerana bersaing dengan Bumiputera sedangkan kerajaan sendiri yang mengalih hala tuju GLC daripada “pembinaan kapasiti ekonomi” (economic capacity building) kepada mencari keuntungan?

Blogger Pembohong

Laporan media massa, laman berita Internet dan blog memetik Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku (Teuku) Adnan Tengku (Teuku) Mansor Khamis lalu (8 Mac) sebagai menyifatkan pengendali blog (bloggers) “pembohong” dan 80 peratus daripada mereka adalah wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.

"Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita."

Saya tidak ambil hati dan tidak marah kepada pembesar Umno itu. Sekarang zaman pembesar melatah, marah-marah dan berang-berang.

Malah saya bersimpati dengan mereka kerana bloggers dan laman berita web “are really getting on their nerves.”

Jahat sungguh para blogger ini!

Saya Cuma hendak tanya bapak menteri soalan-soalan berikut:

1. Megapa banyak rakyat jelata Malaysia, khasnya wanita, menganggur?

2. Bukankah lebih baik orang menganggur atau separuh menganggur (wanita atau lelaki) menjadi blogger daripada menjadi penyalahguna kuasa, perasuah, penyamun, penyangak dan penagih dadah?

3. Kalau semua blogger “pembohong” kenapakah pembesar seperti Tengku Adnan perlu layan atau takut kepada “pembohongan” mereka?

4. Kenapa pembesar perlu takut dengan apa yang dihujahkan oleh pembohong blog sedangkan para pembesar mempunyai media massa arus perdana untuk membela dan mempertahankan mereka?

5. Adakah para pembesar khuatir bahawa tidak semua blogger penganggur dan pembohong?

Sama-samalah kita fikirkan. Saya tidak hairan jika masanya tiba apabila mereka menafikan laporan media dan menyalahkan media kerana kononnya tersalah lapor atau memutar-belitkan hujah.


KETAKUTAN AHLI POLITIK TERHADAP KEBEJATAN KEBUSUKAN KETERLANJURAN SIKAP BURUK MEREKA
DIKETAHUI RAKYAT.DENDANGAN MERDU DARI MEDIA MASSA KONGKONGAN PEMERINTAH YANG PERLU
DAN WAJIB DIDENGAR RAKYAT MARHEIN.

Thursday, November 16, 2006

Jual diri...Jual karya

Mencari makan dengan melukis bukan mudah.Untuk menyiapkan sekeping lukisan pun kadang-kadang memakan masa yang teramat lama.Apa lagi kalau yang dimahukan itu hasil karya yang betul-betul terbaik. Karya yang boleh membuat orang terbeliak biji mata melihatnya.Apa pun kerja di dunia ini yang paling sukar ialah peringkat permulaan.Waktu itu,masa mula pegang berus,masa baru kenal macam-macam jenis kertas,hidup cukuplah seksa.Mahu jual satu lukisan sebulan macam nak jual sebiji Roll Rocye.Naik pijau biji mata,belum tentu ada penerbit dan agensi yang mahu membelinya.

Seorang teman menceritakan bagaimana kecutnya dia bila dikejar anjing macam serigala ketika menjual lukisan dari rumah ke rumah. Rasa serik semacam.Mahu rasanya dia tak melukis seumur hidup.Apa lagi masa itu duit tambang bas pun tak ada.Hidup pun dengan minum air paip saja.Kesempitan hidup di peringkat permulaan ini ada factor penyebabnya.Pertama,Kita sendiri tidak cekap melukis.Kedua kita tiada nama dan bukti keunggulan hasil karya kita.Ketiga ,orang belum percaya pada kebolehan kita.Keempat,kita belum ada harga dalam dunia perniagaan kita.

Namun begitu,janganlah anda berputus asa andainya wajah penyanyi pop jelita yang anda lukis menyerupai wajah beruk.Asah bakat anda tajam-tajam.Perasap segala berus,kanvas,cat minyak dan segala jenis pewarna.Berfikir cara artis,tidur cara artis,berkarya cara artis.Jadikan diri anda seniman tulen yang penuh disiplin.Melukis dua puluh empat jam untuk selama sepuluh tahun.Lepas itu segala-galanya mudah.
Kalau ada rezekilah.Kalau tak ada ,kira konyol.
Bila ada nama.anda ada segalanya.satu calit berus orang bayar seribu.Beribu calit berus orang bayar beratus ribu.Kan kerja senang tu?Kerja menconteng pun orang orang sanggup bayar upah.Lumayan pula tu…

Jadi di sini kesimpulannya.Kita bukan jual lukisan kita,tetapi kita jual diri kita,kemahiran kita,idea kita dan pengalaman kita.Termasuk nama besar kita.Itulah yang berharga dan dihargai.Kalau sepuluh tahun lalu hasil karya anda tak laku dijual walaupun lima ringgit,kini setakat sepuluh dua puluh ribu orang pejam mata saja membayarnya.Mahu jadi pelukis yang berjaya seperti juga mahu menjadi apa yang anda idamkan.Berkorbanlah dan berusahalah dengan gigih.Ranjau dan onak perlu dirasa agar anda jadi manusia pelukis yang dikagumi,dihormati dan dihargai.
Selamat melukis dan selamat menjual diri.
Dari Zainal Buang Hussein.Majalah Fantasi Januari 1990 No:53.


Saya tak pandai melukis…saya minat bidang fotograpy. Lebih senang hala saja lensa camera digital SLR(single lens reflex) kat objek.Nak gambar cantik kenalah belajar teknik dan tektik capture.

Fotography adalah media bisu yang boleh bercakap walau pun di persembahan pada sekeping kertas

Fotography adalah gabungan seni, tekonologi dan sains.
cara yang paling berkesan:
1. komposisi yang menarik
2. dedahan dan fokas yang tepat
3. seni cahaya cantik
4. latar depan dan belakan sesuai
5. mood dan efek berkesan
6. cerita menarik dan baru...

Kesukaran bercerita ini berlaku kerana peristiwa yang kita saksikan terpaksa diterjemahkan menjadi foto melealui beberapa proses

- lensa boleh mengubah perspektif . meja bersegi emapt boleh menjadi lunjung

- cahaya, kimia dan kaca kanta lensa boleh merubah warna

- komposisi/sudut pengambaran boleh memesungkan cerita sebenarnya. contohnya jika anda berdiri di jalan parlimen memandang ka jalan tun perak,
anda akan nampak bangunan bank bumputera seperti berkembar dengan bangunan bank uab, pada hal jaraknya jauh
Gambar ahli sukan lompat jauh, kalau jurufoto mengambil gambar sambil berbaring- pelompat itu akan kelihatan seperti lebih tinggi dari stadium..

- gambar panas terik tengahari, di ambil dengan filter biru akan kelihatan seperti malam. Filter oren nampak macam senja.
orang berdiri, diambil gambarnya dengan kamera menungging, orang itu akan jadi pendek dalam gambar. Kalau dongakkan kamera dari bawah,
orang itu kan kelihatan tinggi ...

Setelah anda halakan kamera anda kepada sebarang objek, fokus dulu sehinggga jelas

1. tentukan keadaaan rakaman yang hendak dibuat terhadap object itu menegak atau melintang. object yang seharusnya anda ambil menegak tidak guna
di ambik melintang.


2. Tentukan setiap inchi film yang yang berada dalam kamera anda itu di gunakan sepenuhnya./ Tidak guna meletakan objek di tepi foto sedangkan lain
lain objek tidak, tinggal kosong saja, ini bermakna anda membazirkan film atau negatif
Semasa menfokus dan menyusun objek objek yang hendak anda gambarkan, jangan perhatiankan objek utama sahaja. Perhatikan juga suasana keliling terutama latar belakangnya. fikirkan sama ada objek objek lain di belakang itu boleh mencantikkan atau memburukkan.


3. Kompos atau susun objek objek yang kita ambil gambarnya itu. Dalam hal penyusunan ini terbahagi kepada dua satu meyusun objek yang boleh digerakan seperti cawan, jam, gelas, botol. Anda harus kreative menyusunnya. susunlah hingga menarik

bagi objek objek yang tidak boleh di gerakan, anda harus bergerak kekiri atau kanan, atas atau bawah -- dalam sebutan harian hal ini di panggil mencari sudut yang baik.
Sebagai contohnya, rumah kampong kalau boleh masukan beberapa orang kanak kanak sedang bermain, asap orang membakar sampah, ada basikal, jala terjemur,orang tua sedang menyapu atau mengopek kelapa atau menyirat jala.


4. Latar belakang dan depan hendaklah sesuai terutamanya gambar warna, kerana warna itu sendiri sudah merumitkan untuk mencari penyesuaian.
Malah kalau silap gaya, latar belakang boleh merosakan gambar.
Sebagai contoh, orang yang bersandar pada tiang, akan kelihatan sebagai pokok tumbuh atas kepala bila sudah jadi gambar lebih lebih lagi kalau gambar itu di ambil mengggunakan lampu pancar tak terang.

5. Cahaya juga ada lah satu hal yang paling penting, kerana melalui cahaya ini lah timbulnya seni fotografi. pelajaran hal hal cahaya ini memakan masa lebih dari setahun.


6. Mesej atau cerita foto adalah tugas utama anda ketika mengambil gambar. menceritakan sausana sibuk, mereka berkerja keras atau teruk, wanita itu jelita,
jambatan itu merbahaya, kesihan melihat kanak kanak itu, wanginya bunga dsb.



Fotographi akan menjadi sempurna bila kita tahu menyesuaikan hal hal
a. komposisi
b. latar depan dan belakang
c. ruang udara dan lantai
d. cahaya
e. perspektif bentuk objek
f. mesej
g. warna
h. perbandingan.

Apature


Salah satu alat pengawal cahaya yang di lengkapkan kepada tiap tiap kamera ialah APATUR (aperture). Apatur ini dilekatkan di belakan kaca kanta tadi,
bentuknya bulat berlubang di tengah. Lubang ini boleh di besarkan dan di kincupkan.

Sebesar mana lubang apature itu di kembang datau di kincupkan diberi ukuran tertentu saiznya. Size lubang itu di panggil No F:


No F asalnya dari perkataan FOCUL. Focul adalah jarak focus. Jarak focus di kira dari filem yang menunggu dalam kamera dengan tengah tengah pusat kanta yang di belakang sekali pada tiap tiap satu lensa, ketika lensa itu di fokas sejana mata memandang (infinity) bertanda nombor lapan terbaaring pada gelang pemokos lensa.


Saiz saiz lubang apatur itu di besar kecilkan setakuk takuk. Lubang palign besar di paggil f/1, kecil sedikit setakuk lagi f/1.2
seterusnya mengecil f/1.4, f/1.9 ....... f/64

BAgaimana mengira size lubang F


tentu ada kalangan yang bertanya, sebesar manaka saiz lubang lubang F tadi? bagaimana mengiranya?


Kita ambil lensa biasa yang pandangannya sama dengan mata manusia iaitu ukuran 50mm iaitu ukurang standard lense atau master lens

sebagaimana yang ktia tahu lebih awal tadi, 50 mm adalah ukuran antara film dalam kamera dengan tengah tengah pusat kaca kanta lensa yang di belakang sekali ketika lensa itu di fokas infiniti.

Kalau kita buka lubang apatur itu sebesar 25mm gari lintang (diameter)nya bermakna lubang itu dua kali ganda baru menjadi 50mm. Lebih jelas 25x2 =50.
Jadi laras dia f/2

Cuba kira f/16. Tentu lah saiz lubang f/16 kitu 16 kali ganda besarnya baru sama dengan 50mm standard lens.

Jarak jelas (deph of field)

Jarak jelas akan menjadi luas

a. bukaan apatur kecil
b. lansa pendek atau bidang luas seperti wide angle
c. objek yang di focus itu jauh


jarak jelas kan menjadi sempit
a. bukaan apatur besar
b. lensa panjang, bidang simpit seperti telephoto atau zoom
c. objek yang di fokas dekat



JARAK JELAS DALAM KONTEK SENI DAN CERITA FOTO

sungguh pun boleh di luas dan si sempitkan, namun dalam hubungan seni foto and penceritaan ada juga baiknya untuk mencantikkan gambar foto dan cerita.
Katakan anda hendak mengambil gambar sebiji apple yang di letakkan di antara berbagai buahan tempatan, dengan bukaan apature yang besar, tumpuan fokus kepada apple itu saja. Buah buahan tempatan lain seperti rambutan, manggis, langsat, duku akan pudar tetapi kita masih boleh mengenalinya.


PENGATUP (shutter)

Bila kita tekan butang pelepas shutter, shutter akan tersingka dari kiri ka kanan atau dari bawah ke atas. Masa itu lah rakaman gambar foto berlaku.
Shutter akan terkatup semula serta merta sebaik saja rakam selesai.
Bila kita hendak mengambil gambar lagi, kayuh filem, tekan lagi butang pelepas shutter tadi .. beritulah seterusnya.


MASA SHUTTER TERSINGKAP

Semasa shutter tersingkap, cahaya imag dan warna akan berpeuang masuk kedalam kamera, singgah ke perkmukaan filem. BILA SHUTTER TRKATUP SEMULA IMEJ TERRAKAM.

Selama mana shutter haru di singkapkan, ianya perlu di beri msa tertentu.

Bermula dari "B" - maknanya bulb -- sebab dulu dulu asal flash di perbuat dari bulb.
Kemudian diikuti dengan 1 saat, 1/2 saat , 1/4 saat, 1/8 saat, 1/15 saat, 1/30 saat, 1/60 saat, 1/125 saat, 1/250 saat, 1/500 saat dan 1/1000 saat.

Kamera SLR keluaran terbaru ada yang boleh di lajukan hingga ke 1/8,000saat dan di perlahankan hingga ke 8 saat.

Nota
Setengah saat pada dail shutter bertulis no 2saja. Suku saat bertulis no 4 sahaja.. begitu lah seterusnya. Hal ini terpaksa di lakukan kerana dail shutter tidak
cukup ruang untuk menulis 1/125 atau 1/1000



Tugas tugas mengatup shutter


1. mengawal cahaya Lama tersingkap, akan banyaklah jumlah cahaya masuk

2. mengawal pegerakan. Terlalu cepat tersingkap dan terkatup semula, akan berkuranglah peluang cahya masuk kedalam kamera.
Hasilnya, objek bergerak akan beku dan kaku imejnya melekat pada filem. Terlalu lama tersingkap objek bergerak akan pudar, kerana filem merkamkan pergerakan imej.

3. mengawa warna objek yang di teraangi oelh cahaya buatan seperti cahaya tungsten, cahaya lampu kalimantan. etc


Kombinasi apatur dan pengatup


Satu soalan yang selalu menghatui pemikiran setiap jurufoto, apakah bukaan apatur dan kelajuan shutter yang sesuai untuk mengambil sesuatu..


Jawabnya, bergantung kepada keadaan dan situasi cahaya di mana peristiwa itu berlaku atau satu satu peristiwa itu.


Jenis jenis shutter
bergantung kepada format kamera


1. shutter daun
di cipta untuk kamera jenis yang tidak boleh ditukar tanggal lensanya. contohnya kamera view, compat dan kemera kembar


2. shutter fokal satah (focul plane).
di cipta untuk kamera yang boleh di tukar tanggal lenasanya SLR


Nilai dedahan (exposure value) EV


Oleh kerana cahaya tidak boleh di sukat dengan gantang, cupak atau baldi dan tidak pula boleh di timbang, maka cara menyukat kita ubah menjadi cara
menilai jumlah cahaya itu

Dalam fotograhpy, menilai cahaya, nilai cahaya (exposure value) di tulis
EV sahaja. Cara menilainya:

nilai satu EV

1. object yang di terangi oleh cahaya sebatang liling yang berada sejarak satu kaki. Dalam bahasa fotograhpy 'foot candle'

2. menggunakan lensa 50mm

3. Bukaan f/1.4

4. ASA/ISO 100

5. Kelajuan shutter 1 saat

Jenis jenis kamera

Mestipun bergitu banyak jumlah jenis kamera yang kaita nampak, Ianya terbahagi kepoada lima katogeri sahaja

1. kamera view
2. kamera range index/padat
3. kamera twin lens ( lensa kembar)
4. single lens reflex (slr)
5. zoom lens reflex (zlr)


KAMERA FOTOGRAPHY KEWARTAWANAN

kamera slr ada lah satu satunya kamera yang amat sesuai untuk kerja kerja kewartawan kerana

a. pemidang tilik separas mata, senang mengikuti sebarang peristiwa yang berlaku, sambil mengintai kita boleh memilih banan bahan yang boleh di jadikan
rencana atau berita.

b. jumlah lensa yang disediakan berbagai ukuran sangat mewah dan banyak jumlahnya

c. berbagai 'mode' disediakan melalui sistem elektronik. Malah boleh di kendalikan secara manual.


MODE KAMERA

Mode bermakna cara kamera menjalankan fungsinya. Kamera SLR menyediakan berbagai mode terutamanya yang berfungsi dengan kuasa elektronik.

a. manual. Terpaksa di ubahsuai bukaan apatur/ kelajuan shutter, setiapkali mengambil gambar

b. Shutter priority. Bertanda 'A' pada gelang apatur. Berarti ket set A ada lensa. Kelajuan shutter akan di cari sendiri oleh shutter. Camera yang berfungsi sepenuhnya dengan kuasa eletronik bertanda 'Tv'

c. Apature priority. Tanda 'A' pada dail shutter. Bila kita setkan ke A, lensa akan mencari sendiri bukaan aperturenya. Kamera yang berfungsi sepenuhnya dengan kuasa elektronik di beri tanda Av


d. Program. Bertanda P pada dail shutter. Bila kita setkan ke P, Shutter dan Apature akan mencari bukaan dan kelajuannya. Berdasarkan keadaan cahaya ketika pengambaran di ambil. Anda tidak perlu pening kepala meikirkan shutter dan apature.


e. ' AE" lock. Gunanya untuk mengukur cahaya objek yang membelakankan cahaya terang. Kalau object itu orang, wajahnya akan jadi gelap. Tekan butang AE, pergi rapat dengannya, meter cahaya akan mengukur wajah yang gelap itu. Kekalkan tekanan AE. Lock tadi....


f.Tanda tolak dan campur . menambah cahaya 1 hingg 3 EV putar jarum dail nya. Cahaya terpaksa di tambah atau di kurangkan apabila
kita sudah tidak terdaya lagi menggunakan mode yang ada pada kamera kita.kecacatan dan kelamahan (aberasi) lensa menterjermahkan imej kepada filem ini ada terbahagi:

1. chromatic aberration
sekeping kaca kanta cembung atau cengkung, menerima kemasukan cahaya dengan tumpuan fokas yang berbeza cahaya putih, selepas merempoh kaca kanta ini, akan membawa warna asas, merah, hijau dan biru.


2. sphrecal abberation
cahaya yang masuk kedalam kamera berserakan.


3. coma
sinaran cahaya masuk menyerung dan menyimpang terkeluar dari pusat kanta

4. curventure of field
satah fokas menjadi sesakan akan bentuk piring. Kaca kanta tidak dapat memokas tengah dan tepi satah (plane) dalam masa yang sama

5. Barrel image


6. pincushion image
bagi membetulkan semua penghenerutan, kecacatan , kelemahan diatas, pembuat kaca kanta (optic) berusaha mengatasinya dengan merangkumkan banyak keping kaca kanta. Tidak cukup dengan itu, kaca itu ada pula yang berganding, melekat dua atau tiga keping sekali.
Tiap tiap keping kat kanta itu di panggil elements. kalau ada kepingan itu bergabung, melekat dua atau tiga di panggil compound.

LENSA
-------------
Standard lens

50mm. diukur dari jaraK filem dengan kaca kanta yang di belakang sekali, ketika lens difokas sejana mata memandang. ukurang ini dipanggil lens biasa, lensa standar atau master lensa, sebabnya ukuran ini saya yang pendangan sama dengan pandangan mata manusia.

Bidang luas

untuk memudahkan jurufoto menjalankan tugas di tempat sempit
bermula dari 35mm, 28mm dan 24mm -- lebih luas dari itu dipanggil super wide.
bermula dari 20mm, 17mm,15mm -- ketiga tiga di panggil ultra wide angle. lebih luas dari pandangan itu di pangggil lensa mata ikan.

bidang fotojauh (telephoto)
bermula dari ukurang 85 mm, 105 mm dan 135 mm. ketiga tiga di panggil standard telephoto.

Ada telephoto ukurang 200mm, 300mm, 800mm, 1000mm dan 1600mm.
lensa lurus (zoom)

lensa lurus yang biasa terdapat di pasaran

zoom 28-70mm
35- 105mm
35-135mm
70--210mm
28-135mm
50-135mm
80-100mm

ada jugak jenama yang mengeluarkan ukuran yang berbeza

perkara perkara berkaitan lensa

a. mirror lens

b. lenasa pembetul perspektif

c. lense macro/micro (standard)

d. macrophotography

e. lensa pelembut wajah

Lensa bebas

meskipun setiap kamera mengeluarkan lensa mengikut jenamanya sendiri

canon dengan fd, ed and ef

nikon dengan nikor

minolta dengan md. Rokor (Dah takada Canon beli syarikat ini)

olympus dengan ziko

topcon dengan topcor

yashica dengan ML

ricoh dengan rikenon

leica dengan Leitz wetzlar, elmar -r , elmarit -r, summilix -r, summicron


Namun muncul jugak lensa lensa yang tidak mempunyai kamera seperti
Hoya
sigma
temron
tokina
makinin
lsun
vivitar
soligor
brightorn
dan lain lain lagi.

filem

di perbuat dari lapisan plastik selulosa, disadur dengan bahan peka cahaya di bahagian depan mengadap kepada objek yang kita GAMBARKAN.

Baha peka cahaya ini garam perak (silver halide) dan baha bahan peka cahaya yang lian sekurang kurang nya 7 lapis

setiap lapis ada p eranannya masing masing
- lapisan tapak utama
- lapisan emkulsi
- lapisan anti silau
- lapisan pangadang
- lapisan pengadang
- lapisan warna
- 7 lapisan lapisan perantararan ( inter layer)

jenis jenis filem fotography

a. Panchromatoc (Pan) merakamkan semua warna specrum

b. Orthocrohmatic merakamkan warna biru dan hijau saja.

c. Slide.

d. Duratant. Rupa dan prosesnya hampir dengan slide, tetapi ukurannya besar. Gunanya untuk gambar pameran

e. Cibachrome. Seakan akan gambar foto warna, gunanya untuk pameran, bermutu dan mahal

f. Filem filem istismewa seperti untuk kerja kerja rakam semula

g. filem micrography.

Jika anda membeli filem di luar negara, jangan lupa memerhatikan

a. tarikh luput tenaga filem itu

b. Ada tanda 'c.41' atau CN.16 pada kotaknya. Kalau tidak ada filem itu tidak boleh di proses di negara kita.
Terpaksa didevelop di luar negera, bawa negatifnya pulang, cetak di negara kita. Malaysia ada lah yang paling murah haraga cetak foto warna dan mutunya pun paling tinggi.


Itu ajelah lebih kurang…letih lah taip teks ni…

Perlukah anda bimbang jika photo anda berada di Internet?.

Photobucket - Video and Image Hosting

Masa umur 3 tahun.

Photobucket - Video and Image Hosting
NIkon DSLR 40 HARGANYA RM2488.00

Apabila kita ingin mencari sesuatu maklumat, pasti kita akan terfikirkan Internet kerana ianya cepat dan pantas.Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi canggih terkini menjanjikan satu cara penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.Disebabkan tiada sesiapa yang dapat mengawal penyebaran maklumat di dunia siber, berbillon laman web telah dicipta.Setiap hari berjuta laman web baru.

Jika anda seorang professional dan terkenal.Banyak gambar anda yang akan disuper impose(ubahsuai).Melalui adobe photoshops.Hari ini jika ada gambar yang di super impose... Kalau gambar itu di tak senonohkan...yakni dibogelkan. Tak ada orang yang ambil peduli...senang sangat nak trace gambar yang telah diubahsuaikan.Kalau anda orang biasa tak perlu bimbang langsung,apabila gambar anda ada di Internet. Siapa yang akan peduli tentang wajah anda. Berjuta-juta gambar orang biasa di foto web.Contohnya di my space,friendster,fotopages,webshots dan beratus lagi foto web untuk simpan gambar. Lawaknya kalau anda bimbang gambar anda disalahguna. Anda siapa?
Topstar...VVIP...Bilionare...

Pelbagai maklumat sama ada benar atau salah dari segi idea, ideologi, propaganda dan paling banyak pornografi disebarkan melalui Internet kerana ramai orang yang menggunakan perkhidmatan ini.Memang internet memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat sekarang tetapi pada masa yang sama timbul persoalan mengenai kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan pendapat penduduk mereka.